~ telinga
a) alat yang dilekapkan pada sebelah atau kedua-dua belah telinga untuk mendengar lagu, muzik dan sebagainya;
b) peranti (dengan satu penerima) yang diselitkan pada telinga untuk membantu pendengaran.
Author Archives: admin
fon I
kumpulan rupa bentuk set aksara yang terdiri daripada huruf pelbagai rupa dan saiz yang boleh dicetak atau dipaparkan.
fomes
sejenis cendawan.
fomen
pekerja kanan yang mengawasi pekerja-pekerja lain, mandur.
FOMCA
akronim bagi The Federation of Malaysian Consumer Association (Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia).
folio
(Percetakan)
1. sukatan besar buku (satu lembar kertas cetak yang dilipat dua sehingga mempunyai empat muka);
2. lembar yang terdiri daripada muka kiri dan kanan yang mempunyai satu nombor;
3. nombor halaman yang tercetak.
folikel II
buah kering berbiji banyak yang pecah pada satu sisi bijinya untuk melepaskan biji.
folikel I
kantung kecil (rongga) yang sempit pada tubuh yang mempunyai fungsi perkumuhan, perkembangan, atau perlindungan:
~ rambut.
fokus
1. (Fizik) titik tempat sinar (cahaya, haba, bunyi) bertumpu atau tempat ia mencapah selepas pembalikan atau pembiasan;
2. tumpuan (perhatian, perbincangan, dan sebagainya):
ada parti politik dan persatuan yang cuba memberi ~ kepada masalah ini;
berfokus berpusat, tertumpu:
bahasa yang kompleks yang kelihatan ~ pada isu atau tema semasa;
memfokuskan
1. menjadikan (sinar cahaya, haba, bunyi) bertumpu pada satu titik, menumpukan:
apabila bahagian depan mata terlalu bujur dan tidak bulat, cahaya tidak dapat difokuskan ke bahagian belakang mata;
2. memberikan tumpuan (perhatian dan sebagainya) kepada, menumpukan perhatian kepada, menonjolkan:
drama sebabak ini ~ saat-saat terakhir pemberontakannya;
terfokus terarah pada suatu tujuan (sasaran, perhatian dan sebagainya), tertumpu:
mataku ~ pada sehelai sapu tangan merah yang kini berada di genggaman pengetua;
komitmen yang lebih ~ terhadap penggunaan sumber;
pemfokusan perbuatan memfokuskan:
~ kepada sasaran ini ditinggalkan kepada para pengkritik.
fobia
ketakutan yang amat sangat akan sesuatu.