fokus

1. (Fizik) titik tempat sinar (cahaya, haba, bunyi) bertumpu atau tempat ia mencapah selepas pembalikan atau pembiasan;

2. tumpuan (perhatian, perbincangan, dan sebagainya):
ada parti politik dan persatuan yang cuba memberi ~ kepada masalah ini;

berfokus berpusat, tertumpu:
bahasa yang kompleks yang kelihatan ~ pada isu atau tema semasa;

memfokuskan
1. menjadikan (sinar cahaya, haba, bunyi) bertumpu pada satu titik, menumpukan:
apabila bahagian depan mata terlalu bujur dan tidak bulat, cahaya tidak dapat difokuskan ke bahagian belakang mata;

2. memberikan tumpuan (perhatian dan sebagainya) kepada, menumpukan perhatian kepada, menonjolkan:
drama sebabak ini ~ saat-saat terakhir pemberontakannya;

terfokus terarah pada suatu tujuan (sasaran, perhatian dan sebagainya), tertumpu:
mataku ~ pada sehelai sapu tangan merah yang kini berada di genggaman pengetua;
komitmen yang lebih ~ terhadap penggunaan sumber;

pemfokusan perbuatan memfokuskan:
~ kepada sasaran ini ditinggalkan kepada para pengkritik.

berkongsi