[bahasa percakapan] pengawal, penjaga.
Author Archives: admin
gabus II
sejenis ikan haruan, Ophiocephalus striatus;
telur ~ sejenis penganan.
gabus I
1. [sastera lama] kayu ringan dan lembut daripada pokok Alstonia scholaris (digunakan sebagai pengilir pisau, pengesat kaki, pelampung, dan lain-lain);
2. penyumbat yang dibuat daripada gabus;
topi ~ topi yang berlapis dengan gabus;
menggabus menggosok (mengilir dan lain-lain) dengan kayu gabus:
~ taji;
penggabus penggosok, pengasah, pengilir.
gabung jalin
menggabungjalinkan menggabungkan (mencantumkan) dan menjalinkan:
di peringkat sekolah menengah, pengajaran bahasa Malaysia digabungjalinkan antara ketiga-tiga aspek, iaitu lisan, bacaan kefahaman, dan penulisan;
penggabungjalinan perihal (perbuatan dan sebagainya) menggabungjalinkan:
guru-guru kurang pasti dengan konsep ~ seperti yang disarankan dalam sukatan pelajaran;
prinsip pedagogi seperti ~ kemahiran bahasa dan penegasan terhadap penggunaan yang bermakna.
gabung
ikat, berkas:
tiga ~ tebu;
bergabung
1. terikat dalam satu berkas, berikat:
batang-batang tebu yang ~;
2. bersama-sama menjadi atau bertindak sebagai satu kumpulan (golongan):
rakyat daripada berbagai-bagai kaum ~ untuk menyuarakan ikrar kebangsaan;
3. bercantum atau bersekutu (menjadi satu, segolongan, atau sekelompok), bersatu:
kalau parti tuan hendak berkuasa ada baiknya ~ dengan parti kami;
menggabung
1. mengikat (beberapa batang tebu dan lain-lain) menjadi satu, memberkas;
2. = menggabungkan;
menggabungkan
1. mengikat (mengumpulkan) menjadi satu (seberkas);
2. mencantumkan (menyekutukan) dalam satu kumpulan atau golongan yang lebih besar, menyatukan:
langkah-langkah yang diambil untuk ~ badan-badan seni patutlah dipergiat lagi;
ia mulai ~ semua perusahaan saudagar di bawah satu perbadanan;
~ diri dengan menyekutukan diri dengan, bersatu dengan, menyertai:
orang-orang muda diminta ~ diri dengan angkatan bersenjata Malaysia;
tergabung
1. terikat menjadi satu (seberkas), disatukan (dalam satu ikatan);
2. terikat (tercantum) dalam satu kumpulan (golongan) yang lebih besar;
gabungan
1. berkas, ikat(an):
lidi-lidi yang diikat ini agak besar ~nya;
2. persatuan yang terjadi daripada ikatan (persekutuan) beberapa buah pertubuhan atau kesatuan:
G~ Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung;
3. cantuman atau satuan yang terdiri daripada dua atau beberapa unsur dan sebagainya:
~ pemikiran antara ahli profesional daripada berbagai-bagai organisasi dan institusi;
pergabungan perihal bergabung (bercantum atau bersekutu):
~ beberapa buah pertubuhan dan persatuan;
penggabungan perihal atau perbuatan menggabungkan (supaya menjadi satu ikatan atau perkumpulan yang besar):
mesyuarat ~ badan-badan kesenian telah diadakan di Kuala Lumpur.
gabuk III
[Pulau Pinang] gemuk pendek, montok, montel.
gabuk II
[Minangkabau];
menggabuk melingkungi (seperti mega mendung), meliputi:
teman hidup ialah orang yang mengerti akan kepahitan hidup yang dihantarkan dan digabuk oleh kesusahan dari kecilnya.
gabuk I
[Jawa]
1. tidak berbuah, hampa (berkenaan (dengan) padi dan lain-lain);
~ besar tidak berisi tetapi besar;
2. tidak dapat beranak, mandul (berkenaan (dengan) perempuan).
gabuih
[Kedah];
menggabuih menyapu (mengeringkan) dengan kain, mengelap.
gabra
[bahasa percakapan] keadaan tidak tentu arah, kelam-kabut:
dia kelihatan ~ apabila dimarahi oleh ibunya.