gabung

ikat, berkas:
tiga ~ tebu;

bergabung
1. terikat dalam satu berkas, berikat:
batang-batang tebu yang ~;

2. bersama-sama menjadi atau bertindak sebagai satu kumpulan (golongan):
rakyat daripada berbagai-bagai kaum ~ untuk menyuarakan ikrar kebangsaan;

3. bercantum atau bersekutu (menjadi satu, segolongan, atau sekelompok), bersatu:
kalau parti tuan hendak berkuasa ada baiknya ~ dengan parti kami;

menggabung
1. mengikat (beberapa batang tebu dan lain-lain) menjadi satu, memberkas;

2. = menggabungkan;

menggabungkan
1. mengikat (mengumpulkan) menjadi satu (seberkas);

2. mencantumkan (menyekutukan) dalam satu kumpulan atau golongan yang lebih besar, menyatukan:
langkah-langkah yang diambil untuk ~ badan-badan seni patutlah dipergiat lagi;
ia mulai ~ semua perusahaan saudagar di bawah satu perbadanan;
~ diri dengan
menyekutukan diri dengan, bersatu dengan, menyertai:
orang-orang muda diminta ~ diri dengan angkatan bersenjata Malaysia;

tergabung
1. terikat menjadi satu (seberkas), disatukan (dalam satu ikatan);

2. terikat (tercantum) dalam satu kumpulan (golongan) yang lebih besar;

gabungan
1. berkas, ikat(an):
lidi-lidi yang diikat ini agak besar ~nya;

2. persatuan yang terjadi daripada ikatan (persekutuan) beberapa buah pertubuhan atau kesatuan:
G~ Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung;

3. cantuman atau satuan yang terdiri daripada dua atau beberapa unsur dan sebagainya:
~ pemikiran antara ahli profesional daripada berbagai-bagai organisasi dan institusi;

pergabungan perihal bergabung (bercantum atau bersekutu):
~ beberapa buah pertubuhan dan persatuan;

penggabungan perihal atau perbuatan menggabungkan (supaya menjadi satu ikatan atau perkumpulan yang besar):
mesyuarat ~ badan-badan kesenian telah diadakan di Kuala Lumpur.

berkongsi