galena

(Geologi) sejenis mineral berwarna kelabu yang merupakan sumber utama plumbum.

galei

= pruf ~ (Percetakan) pruf cetakan pada kertas panjang untuk diteliti dan dibuat pembetulan sebelum dipotong-potong mengikut ukuran muka surat yang dikehendaki.

galau

kebisingan, kekacauan;

bergalau terlalu ramai dan sibuk, kacau-bilau:
bunyi suara orang ~ datang dari arah belakang rumah;
tiada sesuatu pun dapat dikatakannya walaupun di dalam dadanya bergelora perasaan yang ~ dan bergolak;
~ orang di pasar
sangat ramai;
fikirannya ~ fikirannya keliru;

kegalauan
1. kebisingan, kekalutan:
tatkala berhadapan dengan ~, berkidung-kidunglah agar sukmanya tenteram;

2. kekeliruan:
~ fikiran.

galas

1. kayu yang dipikul di bahu untuk mengandar (mengangkat, membawa) barang-barang, kandar, pengandar, gandar;

2. beban yang dikandar dengan galas (kayu);

3. barang jualan yang dijajakan dengan cara berkandar;
~ habis senggulung tandas, lamun dihitung rugi jua (peribahasa) pekerjaan yang tidak menguntungkan;
~ terdorong kepada Cina (peribahasa) sudah terlanjur dan tidak dapat ditarik balik;
bagai menyandang ~ tiga berat tak berapa rintangnya yang lebih (peribahasa) pekerjaan yang senang tetapi susah hendak melakukannya;
dilihat ~ berlaba, dihitung pokok termakan (peribahasa) zahirnya untung tetapi sebenarnya rugi;
sambil menyerodok (menyorok) ~ lalu (peribahasa) sambil bersenang-senang tercapai juga cita-cita (keuntungan dan lain-lain);

menggalas
1. memikul barang-barang dengan galas (kandar), mengandar;

2. menyandang (bungkusan dan lain-lain) di atas bahu, memikul:
ia ~ sebuah bungkusan dan tangannya membimbit beg;

3. menjajakan barang dagangan;
orang ~ penjaja;

4. [kiasan] memikul atau menanggung (tanggungjawab, masalah, dan sebagainya):
dia pulang ke rumah panjang ~ masalah di bahunya;

penggalasan
1. perihal menggalas, perdagangan;

2. tempat berdagang;

penggalas penjaja, pedagang kecil.

galang II

sejenis tumbuhan (herba), Spilanthes acmella;
~ dapur
sejenis tumbuhan (pokok), Vitex longisepala;
~ hutan
sejenis tumbuhan (pokok), Goniothalamus giganteus.

galang I

benda melintang untuk landasan (penunjang, penopang, dan lain-lain);
~ dapur
a) papan di sekeliling tempat memasak;
b) sejenis tumbuhan, gading;
~ ganti pengganti;
~ geta [Kedah] gelegar;
~ kepala bantal (kepala);
~ perahu balak untuk menyangga perahu;

bergalang
1. menggunakan galang (bantal, landasan, dan lain-lain);
~ tanah berbantal tanah;

2. berada di atas galang, sedang disangga (ditopang) dengan galang;

menggalang
1. diberi galang (landasan, ganjal, dan lain-lain), menyokong, menunjang:
~ kepala dengan bantal;
~ perahu;

2. [Indonesia] memperkuat, memperkukuh (negara, pertubuhan, dan lain-lain):
menyumbangkan tenaga dan fikiran untuk ~ parti sendiri;

3. menghalang:
barang kehendaknya tidak pernah digalang melainkan dituruntukan sahaja;

menggalangkan
1. membuat sesuatu sebagai galang:
~ paha di bawah kepala orang sakit;
~ batang leher
ki sanggup berkorban;

2. meletakkan (perahu dan sebagainya) di atas galang:
sampan yang bocor itu akan digalangkan;

tergalang
1. digalang, berganjal;
kapal ~ kapal yang terletak di atas galang;
lidah ~ ki tidak dapat bertutur lagi (menyanggupi permintaan dan lain-lain);

2. terhalang, tersekat;

galangan
1. tempat membaiki kapal di darat, landasan;

2. halangan, sekatan:
ketiadaan wang adalah satu ~ yang besar untuk meneruskan pelajaranku;

3. = galang-galangan permatang sawah;

penggalang sesuatu yang digunakan untuk menggalang, perintang.