gantang

1. sukatan atau ukuran banyak yang sama dengan 4 cupak atau 4.54 liter (lazimnya untuk beras);

2. alat untuk menyukat (beras dan lain-lain);
melukut di tepi ~ (peribahasa) perkara kecil yang tidak mendapat perhatian;
mengisi ~ pesuk (peribahasa) membuat pekerjaan yang tidak menguntungkan;
secupak tak akan jadi se~ (peribahasa) sesuatu yang tetap dan sukar diubah lagi;

menggantang menyukat dengan gantang;
~ asap mengingini sesuatu yang sukar dicapai;
~ anak ayam (peribahasa) membuat pekerjaan yang amat susah;
penuh sudah bagai ~ (peribahasa) cukup (benar-benar) penuh.

ganjur II

[Minangkabau] tarik, hela, mundur;

berganjur mengundurkan diri:
pegawai itu ~ diri untuk mengelakkan perkelahian;
berganjur-ganjur surut
ki bersikap maju mundur;

mengganjur menarik, merenggut (tali wau dan lain-lain), menarik diri, mengundurkan:
dia akan menyuruh Rohani ~ langkah surut.

ganjil

1. ajaib, aneh, pelik:
kelakuannya agak ~ akhir-akhir ini;

2. tidak genap (bilangan), gasal:
nombor bulat yang bukan nombor genap dinamakan nombor ~;

mengganjil berlaku ganjil (lain daripada biasa):
dia itu selalu ~ saja daripada orang lain;

mengganjilkan
1. menjadikan ganjil (tidak genap, ajaib, aneh, dan sebagainya);

2. membuat orang menganggap aneh (ajaib dan lain-lain):
pakaiannya yang sungguh ~; keluar tak ~ masuk tak menggenapkan (peribahasa) hal (orang) yang tidak mendapat perhatian dalam masyarakat;

keganjilan perihal ganjil, keanehan, keajaiban.

ganjar

mengganjar, mengganjari
1. membalas jasa dengan hadiah, menghadiahi:
kerajaan bercadang hendak ~ orang-orang yang telah berjasa kepada tanah air;

2. memberi balasan, memberi hukuman:
pengganas-pengganas itu harus diganjar kalau tertangkap;

mengganjarkan
1. menghadiahkan;

2. memberikan balasan;

ganjaran
1. hadiah (untuk perbuatan baik dan lain-lain):
Patih Gajah Mada pun memberi ~ akan perwira itu empat ratus pitis;

2. balasan (untuk perbuatan jahat dan lain-lain):
dia akan mendapat ~ pada kemudian hari kerana kejahatan-kejahatannya.

ganjal

alas (tiang, landasan kereta api, dan lain-lain), sempal (tempat yang longgar, puting parang dengan lubang hulu, dan lain-lain);

mengganjal membubuh ganjal:
tiang balai itu diganjal dengan batu;

terganjal memakai ganjal, ketat (tidak longgar), kukuh (tidak goyah).

ganjak

berganjak
1. beralih, beranjak, berengsot:
dia tidak mahu ~ dari tempatnya;

2. ki berubah (pendirian dan sebagainya):
dia teguh dengan pendiriannya yang lama, tidak ~ sedikit pun;

mengganjak, mengganjakkan mengalihkan, menganjakkan, mengubah tempat, mengensotkan:
peti besi tidak dapat diganjak oleh seorang sahaja;

terganjak teralih, teranjak, terengsot;
tidak ~
a) tidak teralih;
b) [kiasan] tidak dapat diubah lagi.