struktur keluli yang tinggi yang menopang kren, tanda isyarat di landasan kereta api dan sebagainya.
Author Archives: admin
ganting II
[sastera lama] nama sejenis perahu lama:
maka baginda pun menyuruh berlengkap perahu akan menyerang Singapura, seratus delapan puluh banyaknya jong, lain daripada itu berapa ratus buah ~.
ganting I
gula ~ gula kasar;
gula I.
gantih
[Minangkabau];
menggantih memintal benang (dengan rahat).
ganti rugi
wang atau barang untuk silihan kerugian, pampasan;
mengganti rugi memberikan sesuatu atau membuat bayaran untuk mengatasi atau melupuntukan kerugian yang dialami oleh seseorang dan sebagainya.
ganti
1. silih, penukar, pampasan:
ambillah buku cerita ini sebagai ~ tengok wayang;
2. = pengganti wakil:
kalau engkau tak mahu pergi akulah ~ kau;
3. [bahasa percakapan] beralih, bertukar, berubah (tempat dan lain-lain);
~ nama (Linguistik) kata untuk menyebut diri (saya, engkau, dan lain-lain);
~ tikar kahwin dengan adik atau kakak isteri yang telah mati;
~ hidup berkeredaan, ~ mati berkebulatan (peribahasa) untuk mendapatkan ganti seseorang ketua perlulah dengan muafakat;
berganti bertukar, berubah, beralih menjadi;
~ nama bertukar namanya;
~ pakaian bertukar pakaian;
hari (minggu, bulan, tahun) ~ hari (minggu, bulan, tahun) selepas hari dan lain-lain ini hari dan lain-lain kemudiannya pula;
satu ~ satu satu demi satu bertukar, bergiliran;
silih ~ = saling ~ = ganti-~ bergilir-gilir atau bertukar-tukar;
berganti-ganti, bergantian bertukar-tukar, bergilir-gilir, silih berganti:
seseorang yang berada di sebelah kanan anda datang ke depan anda secara ~;
mengganti
1. menukar (dengan yang lain, yang baru, dan lain-lain), menjadikan berganti:
pegawai ini perlu diganti dengan seorang yang lebih cekap;
2. memberikan sesuatu kepada seseorang dan lain-lain sebagai cara memulangkan barang dan sebagainya yang sudah dihilangkan (dirosakkan dan sebagainya), memberi (membayar) ganti rugi:
saya tidak dapat ~ pen awak yang sudah hilang itu;
3. mengambil tempat seseorang untuk menjalankan sesuatu tugas dan lain-lain:
mengapa cikgu kita tidak mahu ~ guru besar dalam mesyuarat itu?;
menggantikan menjadi ganti:
anak negeri yang pandai sudah boleh ~ pegawai-pegawai dagang;
gantian sesuatu yang dapat menggantikan (mengambil tempat) sesuatu yang lain;
pergantian pertukaran, peralihan, perubahan (kpada sesuatu yang lain);
penggantian perihal atau perbuatan mengganti(kan):
mereka merundingkan perkara ~ Ketua Kampung;
pengganti benda atau orang yang menjadi ganti:
biarlah pantunku ini sebagai ~ penawar hatimu;
sejak guru itu pindah murid-murid agak gelisah menunggu ~nya.
ganteng II
[Jakarta] kental, beku.
ganteng I
[Jawa] cantik, elok dan gagah, tampan.
gantar
(Sunda) galah.
gantang-gantang
patrum (tempat ubat bedil) yang dibuat daripada buluh.