ganjar

mengganjar, mengganjari
1. membalas jasa dengan hadiah, menghadiahi:
kerajaan bercadang hendak ~ orang-orang yang telah berjasa kepada tanah air;

2. memberi balasan, memberi hukuman:
pengganas-pengganas itu harus diganjar kalau tertangkap;

mengganjarkan
1. menghadiahkan;

2. memberikan balasan;

ganjaran
1. hadiah (untuk perbuatan baik dan lain-lain):
Patih Gajah Mada pun memberi ~ akan perwira itu empat ratus pitis;

2. balasan (untuk perbuatan jahat dan lain-lain):
dia akan mendapat ~ pada kemudian hari kerana kejahatan-kejahatannya.

berkongsi