= ~ sagu sejenis penganan yang dibuat daripada biji-biji sagu (gula melaka dan lain-lain).
abun-abun
angan-angan;
gila di ~ (peribahasa) mengangan-angankan sesuatu yang tidak mungkin tercapai (terhasil).
abung
limau ~ limau bali, limau besar.
abur
mengabur membuang-buang (wang dan lain-lain), menghamburkan, membazirkan, memboroskan;
pengabur orang yang membuang-buang atau membazirkan (wang), pemboros.
abus
1. bahagian atau pecahan yang terkecil;
2. duit syiling zaman dahulu yang terendah nilainya;
3. sedikit sekali, tidak berharga, tidak mempunyai nilai.
abuya
[Arab]
1. ayah;
2. panggilan hormat kepada orang yang ajarannya (biasanya ajaran agama Islam) atau pendapatnya diikuti.
abvolt
unit ukuran voltan elektrik yang bersamaan dengan 1 x 10-8 volt.
abyad
[Arab] abiad.
Ac
simbol kimia bagi aktinium.
acah
beracah-acah bermain-main, bersenda-senda:
~ dengan maut;
mengacah melakukan gerak untuk mengelirukan atau menyesatkan lawan;
mengacah-acah mengacah berulang kali:
lembaga itu semakin hampir, ~ hanya menunggu masa sahaja untuk bertindak;
acahan perbuatan mengacah.