labi-labi, kedari.
darihal
berkenaan dengan, tentang, mengenai:
tuliskan sebuah karangan ~ kucing;
sebuah rencana ~ kemalangan di jalan raya.
daripada
1. sendi kata yang menyatakan atau menunjukkan orang yang memberi (mengirim dan sebagainya):
dia menerima sepucuk surat ~ ayahnya;
hadiah ~ seorang sahabat yang karib;
2. sendi kata yang menyatakan (menunjukkan) sumber atau punca sesuatu itu diperoleh dan sebagainya:
petikan ~ karya Usman Awang;
air ~ telaga itu berkuman;
diterjemahkan ~ bahasa Arab;
3. sendi nama yang menyatakan (menunjukkan) bahan dan sebagainya yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu:
jambangan bunga itu diperbuat ~ tembikar;
barang-barang ~ getah;
4. sendi kata yang menyatakan atau menunjukkan orang (negara, unsur, barang, dan lain-lain) yang terlibat dalam sesuatu pengasingan (pemisahan, perbezaan, perbandingan, dan lain-lain):
Selat Melaka memisahkan Semenanjung Malaysia ~ Sumatera;
reka bentuk yang dikemukakan terkemudian ini lebih menarik ~ yang disediakan dahulu;
5. sendi kata yang digunakan sewaktu menyatakan sesuatu perubahan (perkembangan dan sebagainya):
harga daging telah naik ~ RM8.00 sekilo menjadi RM9.50 sekilo;
bilangan pelajar yang lulus merosot ~ 68% tahun lalu menjadi 66% tahun ini;
6. sendi kata yang digunakan sebelum menyatakan atau menyebuntukan unsur (akibat dan lain-lain) yang hendak dielakkan (dicegah, dihindar, dan sebagainya):
mempertahankan diri ~ serangan musuh;
menjauhkan diri ~ bahaya;
langkah-langkah untuk mengelakkan hal-hal demikian ~ berlaku lagi;
7. sendi kata yang menyatakan (menunjukkan) punca atau asas dan sebagainya sesuatu tindakan (kesimpulan dan lain-lain):
~ apa yang saya dengar, pemandu lori itu yang patut dipersalahkan;
masjid itu dibina ~ desakan penduduk di kawasan itu;
8. sendi kata yang memperkaitkan atau memperhubungkan sesuatu atau sesuatu bahagian dengan sesuatu keseluruhan atau jumlah dan sebagainya:
satu ~ sebab-sebab;
hanya tiga orang ~ sejumlah 40 orang pelajar telah gagal dalam peperiksaan itu;
sepertiga ~ keuntungan yang diperoleh dijadikan modal.
darjah
1. tingkatan atau peringkat pelajaran di sekolah rendah:
adik saya bersekolah baru dalam ~ tiga;
2. paras (untuk menunjukkan tinggi rendahnya sesuatu keadaan, pencapaian dan lain-lain), peringkat, tingkatan, taraf:
pembangunan ekonomi untuk meninggikan ~ kehidupan rakyat;
~ mutu yang dicapai;
3. satuan atau unit ukuran (sudut, suhu) yang dilambangkan dengan tanda selepas angka:
satu sudut tepat mempunyai 90 ~ (90);
air membeku pada suhu 0 ~ Centigrade (0C) atau 32 ~ Fahrenheit (32F);
4. [arkaik] darjat (taraf kedudukan dalam masyarakat);
berdarjah
1. berkelulusan (darjah tertentu), sudah mencapai peringkat pelajaran (di sesuatu darjah tertentu):
jawatan tersebut memerlukan orang yang ~ sembilan;
2. [arkaik] = berdarjah-darjah berdarjat(-darjat), bertaraf(-taraf), bertingkat(-tingkat):
orang-orang Melayu masih ~ kedudukan mereka dalam masyarakat.
darjat
1. tingkatan atau taraf kedudukan dalam masyarakat (sebagaimana yang biasanya ditentukan atau dipengaruhi oleh asal keturunan, kekayaan dan lain-lain), tingkatan kedudukan (dalam pengertian yang luas), martabat:
ayahnya masih tetap mempertahankan ~ keturunannya;
2. [arkaik] taraf (besar kecilnya dan lain-lain), darjah, tingkatan:
denda yang dikenakan adalah mengikut ~ atau takrif kesalahan yang dilakukan;
3. [Indonesia] darjah:
sekolah yang sama ~nya dengan S.M.A;
4. [Indonesia] unit ukuran (sudut, suhu):
sudut 45 ~;
15 ~ C;
5. [Indonesia] gelaran kepada pelajar yang lulus dalam peperiksaan peringkat universiti;
sedarjat sama parasnya atau tingkatannya dan sebagainya (berkenaan (dengan) pangkat, kedudukan, keturunan, dan lain-lain) sama darjatnya, setaraf;
berdarjat
1. berkedudukan atau bertaraf tinggi (dalam masyarakat), berpangkat:
katanya ia cinta padaku, tetapi apabila datang orang yang ~, aku diterajangnya;
2. = berdarjat-darjat mempunyai (beberapa) darjat atau lapisan, bertaraf(-taraf), bertingkat(-tingkat):
masyarakat yang masih ~-darjat;
mendarjatkan
1. menjadikan berdarjat (bertaraf, berkedudukan);
2. membaikkan (menaikkan) mutu atau keadaan;
~ baka membaikkan mutu baka;
menyedarjatkan menjadikan sama darjatnya, menyamakan darjatnya (tingkatannya, kedudukannya), menyetarafkan;
pendarjatan perbuatan mewujudkan darjat (dalam sesebuah institusi dan lain-lain):
sistem ~ politik.
darji
= derji.
darma
kemestian, kewajiban.
darmabakti
[Indonesia] (berbuat) bakti kepada negara dan lain-lain.
darmawisata
[Indonesia] = berdarmawisata
1. melawat sambil belajar beramai-ramai;
2. berkelah, bertemasya.
daru
= daru-daru, dedaru sejenis tumbuhan (pokok), kayu darat, Urandra corniculata.