darjat

1. tingkatan atau taraf kedudukan dalam masyarakat (sebagaimana yang biasanya ditentukan atau dipengaruhi oleh asal keturunan, kekayaan dan lain-lain), tingkatan kedudukan (dalam pengertian yang luas), martabat:
ayahnya masih tetap mempertahankan ~ keturunannya;

2. [arkaik] taraf (besar kecilnya dan lain-lain), darjah, tingkatan:
denda yang dikenakan adalah mengikut ~ atau takrif kesalahan yang dilakukan;

3. [Indonesia] darjah:
sekolah yang sama ~nya dengan S.M.A;

4. [Indonesia] unit ukuran (sudut, suhu):
sudut 45 ~;
15 ~ C;

5. [Indonesia] gelaran kepada pelajar yang lulus dalam peperiksaan peringkat universiti;

sedarjat sama parasnya atau tingkatannya dan sebagainya (berkenaan (dengan) pangkat, kedudukan, keturunan, dan lain-lain) sama darjatnya, setaraf;

berdarjat
1. berkedudukan atau bertaraf tinggi (dalam masyarakat), berpangkat:
katanya ia cinta padaku, tetapi apabila datang orang yang ~, aku diterajangnya;

2. = berdarjat-darjat mempunyai (beberapa) darjat atau lapisan, bertaraf(-taraf), bertingkat(-tingkat):
masyarakat yang masih ~-darjat;

mendarjatkan
1. menjadikan berdarjat (bertaraf, berkedudukan);

2. membaikkan (menaikkan) mutu atau keadaan;
~ baka membaikkan mutu baka;

menyedarjatkan menjadikan sama darjatnya, menyamakan darjatnya (tingkatannya, kedudukannya), menyetarafkan;

pendarjatan perbuatan mewujudkan darjat (dalam sesebuah institusi dan lain-lain):
sistem ~ politik.

berkongsi