[sastera lama] batu cermin, mika.
abrar
[Arab] golongan orang yang soleh.
abras
[Arab]
1. menghidapi penyakit kusta;
2. penyakit kusta.
abrit
abrit-abritan [Jakarta] berlari tunggang-langgang.
absah
[Indonesia] sah (berkenaan (dengan) surat keterangan dan lain-lain);
mengabsahkan mengesahkan (keputusan, persetujuan, dan lain-lain);
keabsahan keadaan sah, kedudukan yang sah, kesahan:
~ dan legitimasi politik itu sendiri secara yang berkesan harus berdasarkan kemahuan rakyat dan pengikut umumnya;
pengabsahan pengesahan.
absen
[bahasa percakapan] tidak hadir (di sekolah, di tempat kerja, dan lain-lain);
mengabsen [Indonesia] memanggil nama-nama orang untuk mengetahui atau menentukan siapa yang tidak hadir (di sekolah, di tempat kerja, dan lain-lain):
guru ~ murid-murid pada waktu masuk sekolah.
abses
bengkak yang bernanah.
absolusi
[Indonesia] pengampunan dosa (dalam agama Roman Katolik).
absolutisme
prinsip yang menekankan bahawa pemerintah (raja, pemimpin dan sebagainya) mestilah mempunyai kuasa yang mutlak atau tidak terbatas.
abstrak
tidak berupa atau bersifat kebendaan (tidak dapat dilihat atau dirasa dengan pancaindera), tidak konkrit atau maujud, niskala, mujarad:
kesetiaan adalah sesuatu yang ~;
mengabstrakkan menjadikan sesuatu abstrak;
keabstrakan perihal atau sifat abstrak:
kematangan seseorang pelukis boleh dilihat dalam ciri-ciri ~ lukisannya.