= damas.
damai
1. tidak berperang atau serang-menyerang (berkenaan (dengan) perhubungan antara negara, puak dan lain-lain), tidak bermusuhan atau berselisihan (berkenaan (dengan) perhubungan antara manusia);
hidup (aman) ~ hidup dalam keadaan yang bebas daripada permusuhan (perselisihan, pertikaian, dan sebagainya);
menyelesaikan sesuatu secara ~ menyelesaikan sesuatu tanpa kekerasan (menerusi perundingan dan sebagainya);
keadaan ~ keadaan tidak berlaku peperangan (permusuhan, pertelingkahan, dan sebagainya);
rundingan ~ rundingan (biasanya melibatkan pihak-pihak yang bertelingkah) yang bertujuan mewujudkan keadaan damai;
2. berbaik semula (tidak bermusuhan, tidak berseteru);
menyorong ~ (minta) berbaik semula;
3. tenteram, tenang (berkenaan (dengan) suasana, keadaan, perasaan, dan sebagainya):
waktu telah larut malam baru terdapat suasana ~;
malam begitu ~;
berdamai
1. berbaik semula (tidak lagi bergaduh, berperang, bermusuhan, dan sebagainya), berhenti berperang (bermusuhan):
kedua-dua pihak yang bermusuhan itu telah pun ~;
2. bermuafakat, berunding:
mengenai sewa rumah, kita boleh ~;
harga ~ harga yang boleh dirundingkan;
mendamaikan, memperdamaikan
1. membaikkan dua pihak (negara dan sebagainya) dengan menamatkan atau menyelesaikan perselisihan dan sebagainya, mewujudkan (memulihkan) perhubungan berbaik-baik antara dua atau beberapa pihak (negara dan sebagainya) yang bermusuhan (berperang, bertelingkah, berselisihan, dan sebagainya):
Amerika Syarikat dan Britain berharap agar negeri Jepun berusaha ~ Indonesia dengan Malaysia;
2. membincangkan atau merundingkan untuk mencapai persetujuan:
sebelum menduduki rumah, lebih baik kita damaikan dahulu tentang sewanya;
kedamaian
1. keadaan damai (keadaan tidak terdapat atau tidak berlaku pergaduhan, peperangan, persengketaan, dan sebagainya):
hidup dalam ~ dan kemakmuran;
2. keadaan yang aman dan tenteram, ketenteraman, ketenangan:
hari itu dia berdoa supaya getar perasaan yang mengocak ~ jiwanya akan hilang;
perdamaian perihal (keadaan) berdamai:
rundingan yang akhirnya membawa ~ di kalangan puak-puak yang bersengketa dan sering bertempur itu;
pendamaian perihal (usaha dan sebagainya) mendamaikan, penyelesaian keadaan bermusuhan (berperang, berselisih faham, dan lain-lain):
kongres ~ sedunia itu berjalan dengan meriah;
pendamai orang (negara, pihak) yang mendamaikan atau berusaha untuk mendamaikan:
Kemboja dan negeri Thai pernah bertindak sebagai ~ dalam sengketa Malaysia dengan Indonesia;
jaksa ~ orang yang dilantik untuk mengawasi kedamaian (keamanan) sesuatu kawasan.
damak
= anak ~ dawai atau buluh dan lain-lain (yang tajam hujungnya dan bergabus pangkalnya) yang digunakan sebagai peluru bagi sumpitan, anak sumpitan;
mendamak
1. menyumpit dengan berpelurukan damak;
2. mulai berduri (berkenaan (dengan) putik durian);
damak-damak
= dedamak = ~ bulu sejenis tumbuhan (pokok), cenderai rimba, Grewia globulifera;
~ asam = ~ bulu sejenis tumbuhan (pokok), cenderai asam (hutan, paya, rimba), Grewia fibrocarpa;
~ air sejenis tumbuhan (pokok), jelawi, medang selusuh, Grewia florida;
~ bulu
a) = ~ asam sejenis tumbuhan (pokok), Grewia fibrocarpa;
b) sejenis tumbuhan (pokok), cenderai gajah, Grewia latifolia.
damal
lambat (berkenaan (dengan) perahu).
daman
tali kelat pada perahu.
damar I
1. bahan berupa getah keras yang diperoleh daripada beberapa jenis pokok (biasanya digunakan sebagai bahan kalis air);
~ batu damar yang keras;
~ daging damar yang merah;
~ hitam damar yang hitam;
~ mata kucing damar yang gilap (berkilat) warnanya;
2. suluh dan lain-lain (terutama yang memakai damar);
3. lampu, pelita;
berdamar
1. memakai damar;
2. [kiasan] merah muka kerana marah (kena tampar dan lain-lain):
~ muka budak itu ditempeleng abangnya;
3. = mendamar mencari (mengumpul) damar;
mendamari menerangi;
pedamaran
1. tempat mencari (tempat yang banyak) damar;
2. suluh daripada damar;
pendamar orang-orang yang kerjanya mencari (mengumpul) damar:
~ telah kehilangan hutan untuk mendamar.
damar II
[Minangkabau] sejenis tumbuhan (pokok), buah keras, kemiri;
~ degun sejenis tumbuhan (pokok), Canarium hirsutum; ~ kijai sejenis tumbuhan (pokok), Canarium secundum;
~ laut sejenis tumbuhan (pokok), Parashorea stellata;
~ minyak sejenis tumbuhan (pokok) dalam famili Araucariaceae, kauri malaya, mengilau (Sabah), bindang (Sarawak), Agathis borneensis.
berdamar bermain buah keras.
damas
[Kelantan], [Pahang], [Terengganu] habis wang kerana boros.
damat
[bahasa percakapan] terlalu bising;
azamat, gamat I.