damai

1. tidak berperang atau serang-menyerang (berkenaan (dengan) perhubungan antara negara, puak dan lain-lain), tidak bermusuhan atau berselisihan (berkenaan (dengan) perhubungan antara manusia);
hidup (aman) ~ hidup dalam keadaan yang bebas daripada permusuhan (perselisihan, pertikaian, dan sebagainya);
menyelesaikan sesuatu secara ~ menyelesaikan sesuatu tanpa kekerasan (menerusi perundingan dan sebagainya);
keadaan ~ keadaan tidak berlaku peperangan (permusuhan, pertelingkahan, dan sebagainya);
rundingan ~ rundingan (biasanya melibatkan pihak-pihak yang bertelingkah) yang bertujuan mewujudkan keadaan damai;

2. berbaik semula (tidak bermusuhan, tidak berseteru);
menyorong ~ (minta) berbaik semula;

3. tenteram, tenang (berkenaan (dengan) suasana, keadaan, perasaan, dan sebagainya):
waktu telah larut malam baru terdapat suasana ~;
malam begitu ~;

berdamai
1. berbaik semula (tidak lagi bergaduh, berperang, bermusuhan, dan sebagainya), berhenti berperang (bermusuhan):
kedua-dua pihak yang bermusuhan itu telah pun ~;

2. bermuafakat, berunding:
mengenai sewa rumah, kita boleh ~;
harga ~
harga yang boleh dirundingkan;

mendamaikan, memperdamaikan
1. membaikkan dua pihak (negara dan sebagainya) dengan menamatkan atau menyelesaikan perselisihan dan sebagainya, mewujudkan (memulihkan) perhubungan berbaik-baik antara dua atau beberapa pihak (negara dan sebagainya) yang bermusuhan (berperang, bertelingkah, berselisihan, dan sebagainya):
Amerika Syarikat dan Britain berharap agar negeri Jepun berusaha ~ Indonesia dengan Malaysia;

2. membincangkan atau merundingkan untuk mencapai persetujuan:
sebelum menduduki rumah, lebih baik kita damaikan dahulu tentang sewanya;

kedamaian
1. keadaan damai (keadaan tidak terdapat atau tidak berlaku pergaduhan, peperangan, persengketaan, dan sebagainya):
hidup dalam ~ dan kemakmuran;

2. keadaan yang aman dan tenteram, ketenteraman, ketenangan:
hari itu dia berdoa supaya getar perasaan yang mengocak ~ jiwanya akan hilang;

perdamaian perihal (keadaan) berdamai:
rundingan yang akhirnya membawa ~ di kalangan puak-puak yang bersengketa dan sering bertempur itu;

pendamaian perihal (usaha dan sebagainya) mendamaikan, penyelesaian keadaan bermusuhan (berperang, berselisih faham, dan lain-lain):
kongres ~ sedunia itu berjalan dengan meriah;

pendamai orang (negara, pihak) yang mendamaikan atau berusaha untuk mendamaikan:
Kemboja dan negeri Thai pernah bertindak sebagai ~ dalam sengketa Malaysia dengan Indonesia;
jaksa ~
orang yang dilantik untuk mengawasi kedamaian (keamanan) sesuatu kawasan.

berkongsi