damba I

terlalu ingin (hendak, mahu) akan sesuatu:
pada masa ini wanita Malaysia ~ akan hak yang sama dengan kaum lelaki;

mendambakan terlalu inginkan (hendakkan, mahukan) sesuatu:
~ perdamaian yang abadi;

perdambaan sesuatu yang diinginkan (dimahukan), keinginan, kemahuan.

dambin

[Minangkabau]

1. bunyi (benda besar) jatuh, dambun, debum, degum, debak;

2. terlalu gemuk (besar, berisi) menyebabkan serba-serbi lambat;

berdambin berdambun, berdebum, berdegum, berdebak:
guni beras itu jatuh ~.

dami I

sesuatu (barang, buku, dan lain-lain) yang digunakan sebagai contoh bagi barang dan lain-lain yang sebenarnya:
~ buku yang akan diterbitkan.

damik

[Minangkabau];

mendamik menepuk, menampar, mendabik;
~ dada menepuk (mendabik) dada.