dan I

1. kata yang menghubungkan dua perkataan (frasa atau ayat):
saya ~ dia;
ada orang yang menyanyi ~ ada pula yang menari;
~ juga
serta;

2. selanjutnya, seterusnya (biasanya pada permulaan ayat sebagai meneruskan sesuatu yang telah diperkatakan terlebih dahulu);
~ lagi tambahan lagi.

dan II

[bahasa percakapan] sempat;
tak ~ tidak sempat;
tak ~-mengedan tidak sempat apa-apa;
tak ~ menggesek biola menari dahulu (peribahasa) berbuat sesuatu sebelum masanya;

dan-dan serta-merta, (dengan) tidak berlengah-lengah:
apabila gurunya memanggil, ~ dia datang.

dana

1. kumpulan wang untuk sesuatu tujuan atau kegunaan:
~ untuk membantu mangsa bencana alam;

2. [sastera lama] pemberian, sedekah, derma;

3. [sastera lama] dermawan, pemurah (hati);
~ amanah harta yang dikendalikan oleh pemegang amanah;
~ asing dana amanah yang keseluruhan pelaburannya terdiri daripada syer syarikat asing;
~ bersama dana yang dikendalikan oleh sesebuah syarikat pelaburan bagi pihak pemegang saham;
~ khas dana yang ditubuhkan untuk tujuan tertentu, misalnya pelaburan dan bantuan;
~ pencen dana yang ditubuhkan oleh sesebuah organisasi kerajaan untuk membayar pencen kepada pekerjanya;
~ tunai simpanan atau pelaburan yang mudah ditukarkan kepada bentuk tunai;
~ tunai runcit dana yang kecil untuk membuat pelbagai pembayaran tunai yang kecil (seperti membeli surat khabar, tambang teksi, dan lain-lain);

mendanai memberikan atau menyediakan dana untuk atau kepada:
kerajaan pusat telah berhenti ~ projek yang melibatkan penggunaan tisu janin.

danai

~ bukit sejenis tumbuhan (pokok renek), senduduk kenyur (rimba), Anplectrum glaucum.

danasiswa

[Indonesia] (kumpulan) wang untuk membantu pelajar (mahasiswa) yang tidak mampu, biasiswa.

danau I

kawasan berair yang luas yang dikelilingi tanah (daratan), tasik:
D~ Toba;
ular ~

a) ular sawa;
b) pelangi.

dandan I

hiasan (seperti pakaian, solekan, dan lain-lain):
~nya sungguh menarik hati;

berdandan
1. berhias (diri), bersolek:
petang itu dia kelihataan lebih ~;

2. berpintal rambut (perempuan):
gadis sekarang lebih gemar mengeritingkan rambut daripada ~;

mendandan, mendandani
1. menghiasi (dengan mengenakan pakaian, solekan, dan lain-lain):
dia selalu ~ pengantin di majlis perkahwinan;

2. memperlengkapi:
mereka pun ~ kapal untuk belayar;

3. membaiki, membersihkan (menjaga atau menguruskan supaya elok):
batang-batang kacang yang menjalar itu kelihatan seperti semak-semak yang sudah didandani;
jalan-jalan raya yang sudah lama tidak didandani;

4. menjalin (memintal) rambut;

dandanan hiasan, pakaian perlengkapan;

pendandan orang yang pekerjaannya (profesionnya) mendandan (menghiasi) orang:
~nya seorang lelaki.

dandan II

tambahan pada geladak perahu (supaya lebih luas);

mendandani memasang dandan pada geladak perahu:
patik dandani kapal ini bukan tempat penggawa menghadap, tetapi tempat berperang.