dalang

1. tukang cerita (dalam wayang kulit), orang yang memainkan wayang kulit (dengan menggerak-gerakkan patung yang menjadi watak cerita sambil bercerita):
~ itu pun berwayanglah lakon Pendawa Jaya;

2. [kiasan] orang yang memimpin (mengatur langkah dan sebagainya) sesuatu gerakan secara sulit atau dengan sembunyi-sembunyi:
siapakah ~nya di belakang gerakan ini?;
~ politik
orang yang merancang, mengatur, memimpin dan sebagainya sesuatu kegiatan politik secara sulit atau sembunyi:
terlalu banyak ~ politik yang bermain di sebalik tabir politik parti;

mendalang memainkan wayang kulit:
pada perayaan hari kemerdekaan, negeri Kelantan telah mengirimkan beberapa orang untuk ~;

mendalangi memimpin (mengatur langkah dan sebagainya) sesuatu gerakan secara sulit atau dengan sembunyi-sembunyi:
orang yang ~ pemberontakan itu sedang dicari-cari;

mendalangkan
1. bermain (mempertunjukkan) wayang kulit;

2. = mendalangi;

pendalangan perihal mendalang (cerita atau pengetahuan dalang).

dalca

sejenis masakan cara India (gulai daging, udang, dan sebagainya bercampur kacang dal, terung, ubi kentang dan lain-lain).

dalih

alasan (jawaban) yang diberikan untuk menyembunyikan sesuatu atau melepaskan diri daripada sesuatu tugas (tanggungjawab dan sebagainya), helah, muslihat:
itu cuma satu ~nya sahaja;
hendak seribu daya, tak hendak seribu ~
(peribahasa) jika dikehendaki bermacam-macam ikhtiar boleh dijalankan dan demikian kebalikannya;

berdalih memberi alasan atau helah (untuk menyembunyikan sesuatu atau melepaskan diri daripada sesuatu tugas, tanggungjawab, dan sebagainya):
jangan engkau hendak ~ pula Kasim;
apabila disoal dia cuba ~;

berdalih-dalihan tuduh-menuduh (kata-mengata) untuk membenarkan atau melepaskan diri masing-masing (dengan menyalahkan yang lain);

mendalihkan mengemukakan (mengatakan) sesuatu sebagai dalih, menggunakan helah:
ia ~ bahawa titah itu belum didengarnya lagi;

pendalih orang yang suka berdalih.

dalil

1. keterangan (yang menjadi bukti sesuatu kebenaran, terutama yang berdasarkan ayat-ayat Quran), bukti, alasan (bagi sesuatu kebenaran):
kami tidak mempunyai ~ untuk menunjukkan kebenaran kenyataan yang kedua itu;

2. tanda, alamat;
~ al-hayat tanda hidup (surat dan lain-lain);

berdalil mempunyai dalil, beralasan, mentafsirkan (Quran);

berdalilkan berdasarkan atau menggunakan sesuatu sebagai dalil:
beliau memberikan pendapat yang ~ hadis;

mendalilkan menerangkan (mempertahankan pendapat) dengan dalil:
dia ~ setiap hujahnya;

pendalilan perihal mendalilkan:
~ yang sopan dan pencapaian yang intelektual akan menghala ke satu perjalanan yang cerah.