dalih

alasan (jawaban) yang diberikan untuk menyembunyikan sesuatu atau melepaskan diri daripada sesuatu tugas (tanggungjawab dan sebagainya), helah, muslihat:
itu cuma satu ~nya sahaja;
hendak seribu daya, tak hendak seribu ~
(peribahasa) jika dikehendaki bermacam-macam ikhtiar boleh dijalankan dan demikian kebalikannya;

berdalih memberi alasan atau helah (untuk menyembunyikan sesuatu atau melepaskan diri daripada sesuatu tugas, tanggungjawab, dan sebagainya):
jangan engkau hendak ~ pula Kasim;
apabila disoal dia cuba ~;

berdalih-dalihan tuduh-menuduh (kata-mengata) untuk membenarkan atau melepaskan diri masing-masing (dengan menyalahkan yang lain);

mendalihkan mengemukakan (mengatakan) sesuatu sebagai dalih, menggunakan helah:
ia ~ bahawa titah itu belum didengarnya lagi;

pendalih orang yang suka berdalih.

berkongsi