dakron

tanda dagang untuk sejenis gentian tekstil sintetik:
Samad berseluar ~ coklat.

daktil

1. (Biologi) jari tangan atau jari kaki;

2. (Kesusasteraan) ruas pola irama yang terdiri daripada satu suku kata panjang (bertekanan) yang diikuti oleh dua suku kata pendek (tak bertekanan).

daku

aku (terutama apabila perkataan sebelumnya berakhirkan huruf n):
akan ~;
dengan ~;
maafkan ~.

dakwa

aduan (tuntutan, tuduhan) yang dikemukakan di mahkamah;
kena ~ dituntut (dituduh) dalam perkara;
~-dakwi berbagai-bagai aduan (tuntutan, tuduhan);

berdakwa sl
1. sedang dalam pembicaraan, berbicara:
maka Naina Sura Dewana pun ~ dengan Raja Mendaliar;

2. sedang dalam urusan perkara (sedang dituntut hakim dan lain-lain), sedang menghadapi tuntutan (tuduhan), berperkara:
kerana sebab ~ ini tuan hamba mengupah hamba;

mendakwa
1. mengemukakan tuduhan (aduan, tuntutan) terhadap seseorang dan lain-lain ke mahkamah (untuk pengadilan), mengemukakan (seseorang dan lain-lain yang dituduh) di mahkamah (untuk dibicarakan):
sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang negara boleh didakwa di mahkamah;

2. mengatakan atau mengemukakan sesuatu sebagai satu kenyataan atau kebenaran, mengaku:
orang Quraisy ~ agama merekalah yang benar;
mereka ~ telah melihat beberapa orang awam ditembak mati oleh pemberontak itu;

mendakwai menuntut (hak dan lain-lain);

mendakwakan menuntut (sesuatu), menuduhkan;

terdakwa orang atau pihak yang didakwa (dituntut mahkamah);

dakwaan
1. tuduhan (tuntutan, aduan) yang dikemukakan untuk diadili (di mahkamah):
sesuatu ~ terhadap perbuatan jenayah dimajukan oleh Jabatan Peguam Negara atau pihak polis;

2. sesuatu yang dikatakan (dikemukakan dan sebagainya) supaya diterima sebagai satu kenyataan atau kebenaran:
beliau membuat ~ tentang kemenangan pasukan tenteranya itu dalam satu sidang akhbar;

pendakwaan perbuatan mendakwa, pengemukaan (penyampaian) sesuatu dakwaan (tuduhan):
Inspektor Ali telah melakukan ~ terhadap Busu;

pendakwa (orang, pihak) yang mendakwa:
pihak ~ dijangka akan memanggil lebih daripada 20 orang saksi;
~ raya
pegawai yang mendakwa bagi pihak kerajaan.

dakwah

1. kegiatan menyeru dan meyakinkan orang lain supaya menerimasesuatu kepercayaan;
golongan ~ golongan (kumpulan) yang bergiat dalam dakwah;
~ songsang [bahasa percakapan] penyampaian atau penyebaran ajaran yang bertentangan dengan syariat-syariat Islam;

2. [bahasa percakapan] patuh kepada (mengikut) ajaran agama Islam dengan lebih sempurna (sebagaimana yang kelihatan pada tingkah laku dan pergaulan, cara berpakaian, dan lain-lain):
dulu dia selalu bergaul bebas dan berpakaian moden tetapi sekarang ini sudah ~;

berdakwah menjalankan kegiatan menyebarkan sesuatu kepercayaan;

mendakwahi berdakwah kepada:
Tok Haji cuba ~ pemuda-pemuda yang berambut panjang itu;

mendakwahkan menyebarkan sesuatu kepercayaan:
Rasulullah ~ Islam sebagai Din yang menjamin tamadun manusia;

pendakwahan perihal mendakwahkan, penyebaran atau penyampaian ilmu agama:
tamadun yang tidak berasaskan tauhid, tidak terlepas daripada menjadi objektif ~ golongan fundamentalis;

pendakwah orang (golongan) yang berdakwah.

dakwat

1. cecair berwarna (merah, hitam, dan sebagainya) yang digunakan untuk menulis, tinta;
~ emas tinta berwarna emas;

2. cecair berwarna hitam yang dikeluarkan oleh sotong, kurita, dan lain-lain (untuk menyembunyikannya daripada pemangsa);
bagai ~ dengan kertas (peribahasa) tidak pernah bercerai (seperti suami isteri yang saling mencintai);

berdakwat
1. ada atau berisi dakwat:
pen saya tidak ~;

2. dilumuri dakwat;
alang-alang ~ biarlah hitam (peribahasa) berbuat sesuatu jangan alang kepalang.

dal I

1. huruf kelapan abjad Arab (mempunyai nilai empat);

2. huruf kesembilan abjad Jawi.