[Kedah] ejek, perli, usik.
dak
[kependekan] tidak;
buat ~ buat tidak tahu;
~-dek [Kelantan] tidak sedikit pun, bukannya;
~-keneh [Kelantan] bukankah begitu, iakah.
daka, dakah
[Arab] papan penutup liang lahat;
mengarak ~ perubahan perangai bagai orang yang hampir mati.
dakap
~ diri [kiasan] orang yang malas bekerja;
berdakap berpeluk (untuk melepaskan rindu dendam dan sebagainya);
~ tubuh = ~ tangan
a) berpeluk tubuh;
b) tidak bekerja, tidak membuat apa-apa;
berdakap-dakapan saling berdakap, berpeluk-pelukan:
dua orang kekasih yang ~ di tempat sunyi;
mendakap memeluk;
dakapan pelukan;
sependakap sepemeluk:
pohon itu ~ besarnya.
dakar
1. berani, cekal hati:
pendekar yang ~;
2. berani membuat sesuka hati, degil, keras kepala:
engkau terlalu ~;
berdakar-dakar;
cakapnya ~ cakapnya besar.
dakelin
daun ~ sejenis tumbuhan (rumpai), ari-aring, aring-aring, dawah, keremak hutan, rumput kunang putih, Eclipta alba.
dakhil
[Arab]
1. yang di dalam (tidak zahir), yang mengenai batin;
penyakit ~ penyakit batin, penyakit dalam badan;
2. [arkaik] terlalu karib, rapat benar.
daki I
kotoran yang melekat pada badan (pakaian dan lain-lain);
membuang ~ membersihkan daripada daki;
~ dunia harta dunia (yang tidak boleh dibawa mati);
nyamuk ditepuk menjadi ~ (peribahasa) tidak berfaedah melawan orang lemah, kerugian yang bertimpa datangnya.
daki II
mendaki
1. memanjat (gunung, bukit, dan sebagainya):
pengembara itu terpaksa ~ gunung dan meredah hutan;
2. menuju ke puncak (gunung, bukit, dan sebagainya) atau ke bahagian yang makin tinggi:
jalan kecil yang berliku ~ bukit Seri Melaka;
3. makin menaik atau meninggi:
memandu kereta mengikut jalan yang ~;
mendakikan memanjatkan, menaikkan, memajukan;
terdaki dapat mendaki (didaki):
dia tidak ~ bukit yang setinggi itu;
pendakian
1. perihal atau perbuatan mendaki, pemanjatan;
2. = dakian tempat yang mendaki (menaik):
tidak usah kita tertawa pada waktu turun kerana ~ akan ditempuh pula;
berpendakian mempunyai tempat mendaki:
di sana akan bertemu alam datar, tidak ~, tidak berpenurunan lagi;
pendaki orang yang mendaki;
~ gunung orang yang mendaki gunung.
dakon
[Jawa];
(ber)main ~ bermain congkak.