[Arab] kecelakaan, kemalangan.
dahina
[sastera lama] (siang) hari.
dahlia
tumbuhan (berasal dari Amerika Tengah) yang akarnya berumbi dan bunganya berwarna-warni, Dahlia pinnata.
dahri, dahriah
[Arab];
kaum ~ kaum yang mempercayai bahawa alam ini sedia wujud (tiada penciptanya).
dahsyat
1. menakuntukan, mengerikan:
mencapai sesuatu dengan membunuh orang ialah cara yang sangat ~ dan mengerikan;
kemalangan jalan raya yang ~;
2. [Kelantan] takut (ketakutan), ngeri:
takut dan ~lah ia;
3. hebat, amat sangat, terlampau (hebatnya, kuatnya, bisingnya, bodohnya, mahalnya, dan lain-lain):
~ betul engkau ini, engkau lebih tolol daripada adikmu;
letupan yang ~ kuatnya;
~ betul harga barang-barang di kedai itu;
mendahsyat menghebat, menjadi-jadi: peperangan semakin ~;
mendahsyatkan
1. menimbulkan rasa takut atau ngeri, menakuntukan, mengerikan:
keadaan yang sebenarnya sangat ~ hatinya;
2. menghebatkan, memburukkan, menerukkan:
kejadian-kejadian demikian ~ lagi keadaan;
memperdahsyat
1. menjadikan bertambah takut atau ngeri;
2. menjadikan lebih teruk atau hebat, memperhebat;
kedahsyatan
1. ketakutan, kengerian;
2. kehebatan:
~ serangan yang dilancarkan;
3. kehairanan, keajaiban:
mereka melihat keindahan dan ~ dunia di sekeliling mereka.
dahuk
[Kedah] terlalu ingin akan hak orang lain (lebih buruk daripada tamak atau haloba).
dahulu
1. yang telah lepas (berlalu), yang telah lampau, yang lalu:
beberapa hari ~;
tiga tahun ~;
zaman ~ (pada) zaman atau jangka masa yang sudah lama berlalu;
2. pada masa (waktu) yang telah lalu (lepas), sebelum ini, sebelumnya:
~ dia berkhidmat dengan kerajaan tetapi sekarang dia bekerja di sebuah bank;
~ masih kecil, sekarang sudah besar panjang;
3. pertama sekali atau sebelum melakukan (meneruskan) sesuatu, sementara menunggukan sesuatu atau sesuatu ketika:
kita kemaskan barang-barang ini ~, kemudian baru kita pergi;
berehatlah ~, sekejap lagi dia pulang;
4. lebih awal (daripada sesuatu), sebelum;
~ daripada itu sebelum itu;
kelmarin ~ hari sebelum kelmarin, dua hari yang lalu;
5. (yang) paling depan, di hadapan sekali:
dia berjalan ~, kami semua mengikut di belakang;
6. paling awal, pertama sekali (lebih awal daripada yang lain):
dia yang sampai ~, dan seminit kemudian baru pelumba yang kedua pula sampai;
berdahuluan, berdahulu-dahuluan, dahulu-mendahului berkejar atau berlumba hendak sampai (dapat dan lain-lain) dahulu:
kedua-dua budak itu ~ ke ribanya;
mendahului
1. membuat (melakukan dan sebagainya) lebih awal atau dahulu daripada (lawan, saingan, dan sebagainya):
Rusia telah ~ Amerika melancarkan roket ke bulan;
2. melakukan (sesuatu) lebih awal daripada segala sesuatu yang lain, memulai:
~ ucapan dengan mengalu-alukan kedatangan tetamu khas;
mendahulukan
1. membuat sesuatu lebih awal daripada yang lain:
perintah Allah harus didahulukan daripada kerja sendiri;
2. memberikan keutamaan (layanan terawal dan sebagainya) kepada:
orang-orang muda hendaklah ~ orang-orang tua;
terdahulu
1. yang lebih dahulu atau lebih awal, yang mula-mula, yang sudah ada (bergiat dan sebagainya) sebelum golongan dan sebagainya yang sekarang ini:
setengah-setengah penulis sekarang merendah-rendahkan karya penulis yang ~;
2. sebelum (yang lain), lebih awal daripada yang lain:
siapa yang datang ~ mendapat tempat di hadapan;
kedahuluan
1. perihal terdahulu;
2. [Jakarta] didahului, terlambat, terlewat;
keterdahuluan perihal terdahulu:
~ Allah atas alam;
pendahuluan
1. permulaan;
kata ~ keterangan di permulaan buku oleh pengarangnya;
2. = bayaran ~ bayaran (yang merupakan sebahagian daripada harga sesuatu) yang dibuat terlebih dahulu (sebelum selesainya urusan jual beli), bayaran muka;
pendahulu
1. orang dan lain-lain yang mendahului;
2. yang terdahulu:
yang memperbezakan sistem antarabangsa sezaman daripada sistem-sistem ~nya.
dahulukala
pada) zaman atau jangka masa yang sudah lama berlalu.
dai
[Arab] pendakwah.
daif
cacat, hina, lemah:
orang yang ~;
mendaifkan memandang rendah (hina), menghinakan:
tidak guna ~ orang yang lemah;
kedaifan perihal daif, kehinaan, kekurangan, kelemahan.