[Kedah], [Perlis] degil:
budak itu ~ sangat.
dahak
gelema (lendir) yang keluar dari kerongkong ketika batuk, kahak;
berdahak, mendahak mengeluarkan dahak, berkahak, mengahak.
daham
batuk kecil biasanya disengajakan (kerana hendak menarik perhatian orang dan sebagainya);
berdaham berbatuk kecil (mengeluarkan bunyi hem, hem):
apabila terdengar ayahnya ~, Ahmad terhenti daripada bermain-main;
deham
dahan I
bahagian yang tumbuh dari batang pokok;
~ pembaji batang = baji membelah ~ (peribahasa) berbudi kepada orang dengan menggunakan perbelanjaan orang itu sendiri;
berdahan mempunyai dahan atau sudah tumbuh dahannya:
pokok yang ~.
dahan II
= pendahan.
dahanam
[Kedah], [Kelantan] bunyi yang kuat, bergempa;
berdahanam berbunyi dengan kuat.
dahar
mendahar
1. (Sunda) makan;
2. [Jakarta] santap.
dahara
akar ~ sejenis tumbuhan (pokok), Ficus recurva.
dahat
[Kelantan] palang, salib.
dahi
1. bahagian muka di antara kening dengan kaki rambut:
~nya berkerut;
bulu ~ kening;
~nya kiliran taji [kiasan] dahinya licin;
~nya sehari bulan ki kaki rambutnya melengkung seperti bulan sehari;
2. [kiasan] bahagian depan (sesuatu) yang boleh disifatkan sebagai dahi;
~ layar kayu pada tiang untuk menguatkan layar;
biar ~ berluluk asal tanduk mengena (peribahasa) biar bersusah payah asal maksud tercapai;
siapa pun jadi raja, tangan aku ke ~ juga (peribahasa) siapa pun yang berkuasa, aku tetap menghormatinya.