daerah

1. lingkungan sesuatu pemerintahan, wilayah (sesebuah negara):
Sabah dan Sarawak termasuk dalam ~ Malaysia;

2. bahagian sesebuah negeri (sekeliling sesebuah bandar) yang mempunyai sempadannya untuk kemudahan pentadbiran:
negeri Melaka terbahagi kepada tiga buah ~, iaitu Melaka Tengah, Jasin, dan Alor Gajah;
~ Temerloh;
pegawai ~
pegawai kanan kerajaan yang mengurus pentadbiran sesebuah daerah (dalam bidang-bidang tertentu);

3. kawasan yang mempunyai iklim (penduduk, hasil dan lain-lain) yang sama:
~ hawa panas;
~ orang asli;

4. kawasan yang berada di bawah sesuatu pengaruh (kekuasaan, keadaan, dan lain-lain):
~ darurat;
~ tentera;

5. [kiasan] skop, bidang:
menyimpan rahsia termasuk dalam ~ amanah;
~ mata air
daerah yang mendapat (bekalan) air dari mata air;
~ pedalaman daerah yang jauh dari pantai (yang terletak di ceruk pelosok atau di hulu negeri), hulu;
~ seberang laut(an) daerah jajahan;
~ sungai kawasan yang mendapat air dari sungai;
~ takluk tanah jajahan;
~ tidak bertuan daerah yang tidak dikuasai oleh mana-mana kerajaan (pemerintahan);

sedaerah
1. berasal dari (berada atau terletak di) daerah yang sama;

2. mengenai satu daerah sahaja, setempat;

kedaerahan yang tertumpu pada atau mengenai sesuatu daerah (tidak meluas atau menyeluruh):
ia perlu menyingkirkan faham ~nya;
pengajaran dalam ilmu kesihatan harus bersifat ~.

dafah

[Arab], [sastera lama] hantaran perkahwinan:
ia mengarak ~ yang indah-indah seperti raja kahwin.

dafnah

[arkaik] sejenis tumbuhan (pokok kecil) yang daunnya dibuat mahkota pahlawan.

dafodil

sejenis bunga kuning berbentuk loceng, yang bertangkai panjang yang terdapat di negara yang mempunyai empat musim.

daftar

susunan (nama, barang, dan lain-lain) yang ditulis menurut urutan angka atau abjad, senarai:
~ buku;
~ istilah baru;
~ nama pengundi;
~ hitam
senarai orang yang dianggap berbahaya (disyaki jahat);

berdaftar mempunyai daftar, termasuk (tercatat) dalam daftar;
surat ~ surat yang telah dicatatkan dalam daftar (untuk layanan istimewa dalam urusan pengirimannya);

mendaftar, mendaftarkan memasukkan (mencatatkan) dalam daftar, mengurus supaya tercatat dalam daftar (nama dan biasanya juga keterangan penting atau yang diperlukan):
para peminat diminta supaya ~ namanya di kantor kami;
ibu bapa diminta segera ~ anak-anak mereka yang layak masuk ke sekolah;

terdaftar sudah tercatat (tertulis) dalam daftar;

pendaftaran perihal mendaftarkan, tindakan atau urusan dan sebagainya mencatatkan (merakamkan) dalam daftar:
Kesatuan Penarik-Penarik Beca sudah pun diluluskan ~nya oleh kerajaan;
pejabat ~
pejabat tempat mendaftar (untuk kelahiran, kematian, dan sebagainya);

pendaftar pegawai yang bertanggungjawab tentang (atau yang mengurus) pendaftaran, orang yang mendaftar(kan).

daga I

~-dagi berbagai-bagai perbuatan menentang perintah;

mendaga menentang (membantah) perintah;

=dahagi I.

dagang I

1. (berasal) dari tempat lain atau dari luar negeri (berkenaan (dengan) orang, barang, dan lain-lain), asing:
dengan perjumpaan ini, saya tidak berasa ~ lagi tinggal di sini;
anak ~
orang asing, orang yang berasal dari tempat (negeri) asing;
beras ~ beras yang diimport dari luar negeri;
orang ~
a) orang asing;
b) orang yang berniaga, saudagar;
pegawai ~ pegawai yang bertugas di negeri orang;

2. orang yang merantau atau mengembara, perantau:
akan Laksamana, ia berusung itu dipandang oleh segala ~;
orang tua itu mudah menolong kalau diminta, mudah membantu kalau ~ kesukaran;

3. perniagaan, jual beli:
aku fikir bukan perahu nelayan, harus perahu itu perahu ~;
tanaman ~
tanaman yang hasilnya diperniagakan;

4. barangan untuk diperniagakan, barang jualan:
maka segala saudagar pun tiap-tiap negeri datanglah berniaga dan ~ pun terlalulah banyak masuk, tumpah-ruah;
~ melarat
orang yang merantau dan hidup menderita di tempat orang;
~ piatu orang asing seorang diri (sebatang kara);
~ senteri berbagai-bagai orang asing yang mendatang (saudagar, pelawat, pelajar, dan lain-lain);
laki pulang kelaparan, ~ lalu ditanakkan (peribahasa) urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain;
perahu bertambatan, ~ bertepatan (peribahasa) melakukan sesuatu hendaklah sesuai dengan tempatnya;

berdagang
1. menjalankan perniagaan biasanya di tempat asing atau dengan pembeli atau penjual dari tempat (negeri) asing, berniaga, berjual beli:
mereka ~ kain dan menjadi tukang jahit;
dia memperoleh banyak keuntungan dengan ~;

2. = ~ diri hidup (tinggal, diam) di negeri orang, merantau ke tempat (ke negeri) lain:
sungguh-sungguh tidak disangka orang luar yang datang ~ ini menghitamkan kampung yang putih bersih itu;

mendagangkan, memperdagangkan menjadikan (barang dan lain-lain) sesuatu untuk dijual beli, menjualbelikan (barang-barang perniagaan), memperniagakan (biasanya ke tempat atau negeri asing):
rupanya manusia kita ini diperdagangkan oleh lanun-lanun itu sebagai menjual kambing, lembu, atau ayam itik;
Nakhoda Jaya telah diamanahkannya memperdagangkan barang-barang dagangannya ke negeri-negeri lain;

dagangan barang-barang yang diperdagangkan (diperniagakan atau dijualbelikan, biasanya di atau ke tempat atau negeri asing):
pada ketika itu bapaku menjadi saudagar, membawa ~ belayar pergi datang ke negeri Siak;
~ bersambut

a) dagangan yang diambil dengan berhutang;
b) dagangan yang diamanahkan;
~ cergas urus niaga di pasaran saham dan sebagainya yang secara keseluruhannya memperlihatkan jumlah belian dan jualan yang besar;
~ keluar barang yang dieksport;
~ lembap urus niaga di pasaran saham dan sebagainya yang sangat perlahan dan berkurangan kerana pelabur tidak berminat untuk memasuki pasaran atas sebab tertentu;
~ masuk barang yang diimport;
~ bersambut yang dia jual (peribahasa) cerita dari orang lain yang diceritakannya kembali;

perdagangan perihal berdagang, urusan berniaga, perniagaan (biasanya antara negara-negara):
cukai yang tinggi ke atas barang-barang yang diimport menyekat ~ antara dua buah negara itu;
usaha-usaha untuk memajukan ~ antara negara-negara yang sedang maju;

~ antarabangsa perdagangan antara negara-negara di dunia ini;
~ bebas perdagangan antarabangsa yang tidak dikenakan sebarang sekatan seperti kuota atau tarif terhadap barang import dari sesebuah negara;
~ entrepot perdagangan mengimport barang untuk dieksport semula (seperti yang dijalankan di pelabuhan seperti Singapura, Hong Kong, dan lain-lain);
~ gelap perdagangan yang dijalankan secara haram (tanpa membayar cukai dan lain-lain);

pedagang orang yang menjalankan perniagaan (biasanya secara besar-besaran dan dengan negeri asing), orang yang berdagang, saudagar:
kapal dan ~ Sepanyol telah diharamkan daripada merapati pantai negeri Jepun;
~ borong
pedagang yang menjual dagangan secara borong kepada pekedai;
~ kecil pedagang yang berdagang dengan modal yang kecil;
~ perantara pedagang yang menjual barang-barang daripada saudagar besar kepada saudagar kecil, pedagang yang berlaku sebagai orang tengah;
~ runcit orang yang menjual barang-barang terus kepada umum (iaitu pembeli atau pengguna sebenar) biasanya dengan sedikit-sedikit.

dagang II

[Minangkabau];

mendagang memikul, mengusung;

dagangan barang-barang yang dipikul;

pedagang benda (seperti kandar) yang digunakan untuk memikul.