mendaki
1. memanjat (gunung, bukit, dan sebagainya):
pengembara itu terpaksa ~ gunung dan meredah hutan;
2. menuju ke puncak (gunung, bukit, dan sebagainya) atau ke bahagian yang makin tinggi:
jalan kecil yang berliku ~ bukit Seri Melaka;
3. makin menaik atau meninggi:
memandu kereta mengikut jalan yang ~;
mendakikan memanjatkan, menaikkan, memajukan;
terdaki dapat mendaki (didaki):
dia tidak ~ bukit yang setinggi itu;
pendakian
1. perihal atau perbuatan mendaki, pemanjatan;
2. = dakian tempat yang mendaki (menaik):
tidak usah kita tertawa pada waktu turun kerana ~ akan ditempuh pula;
berpendakian mempunyai tempat mendaki:
di sana akan bertemu alam datar, tidak ~, tidak berpenurunan lagi;
pendaki orang yang mendaki;
~ gunung orang yang mendaki gunung.