sejenis tumbuhan (pokok), Diplanthera bancana.
cenderung
1. tidak tegak, condong, senget;
2. menaruh minat (keinginan, kasih, dan sebagainya) terhadap sesuatu, suka (akan sesuatu atau melakukan sesuatu), menunjukkan kegemaran kepada:
ia lebih ~ membaca novel;
3. berpihak kepada, memilih pihak, menyebelahi, condong:
hakim yang adil tidak ~ kepada pihak mana pun;
4. [sastera lama] lereng bukit (jurang, tebing, dan lain-lain) yang curam:
~ yang tinggi lagi terjal;
mencenderungkan menyebabkan (menjadikan) cenderung, menyebabkan seseorang berminat (suka, gemar) pada sesuatu:
dalam artikel ini, tumpuan akan diberikan kepada peranan ibu bapa membentuk personaliti anak-anak yang ~ mereka kepada penyalahgunaan dadah;
kecenderungan kesukaan (keinginan, kemahuan), kecondongan (berkenaan (dengan) bakat, hati):
pendapat pentafsir itu bergantung pada ~nya;
kaedah mengajar ini mesti disesuaikan dengan ~ kanak-kanak;
berkecenderungan menunjukkan atau mempunyai kecenderungan (terhadap sesuatu atau untuk melakukan sesuatu):
sudah ada kes yang menunjukkan bahawa pelarian Vietnam yang sudah biasa dengan kehidupan huru-hara itu ~ untuk mencipta fenomena serupa itu di sini.
cenderus
membersihkan minyak (supaya tidak berbau perat).
cendol
sejenis minuman sejuk yang terdiri daripada campuran isi berwarna hijau (dibuat daripada tepung beras dan air pandan) dicampur dengan santan dan air gula melaka.
cendorong
[Minangkabau] cenderung.
cenduai I
jampi, mantera (guna-guna) untuk memikat hati wanita;
minyak ~ minyak pengasih (guna-guna) untuk memikat hati wanita.
cenduai II
para ~ sejenis tumbuhan (pokok menumpang), sakar bigus, Tylostylis rigida.
cenduk
[bahasa percakapan] senduk.
cenekah
sejenis kera yang panjang ekornya, tekah, Hylobates leuciscus.
ceneker
tipu atau helah (dalam permainan).