alas kaki seperti selipar yang bersulam dan lain-lain pada penutup jarinya, kasut tekat.
cenerah, cenerai
sejenis tumbuhan (pokok), jeneri, Grewia tomentosa.
cenerul
bercenerul tertawa berdekah-dekah, tertawa dengan kuat.
ceng I
seruan supaya gajah memasukkan kakinya ke dalam sengkela.
ceng II
[Cina] air gula, air gula (sisa daripada penghabluran air tebu).
cengal
= ~ batu = ~ emas = ~ sabut = ~ siput sejenis tumbuhan (pokok yang kayunya keras dan elok untuk dibuat rumah dan lain-lain), Balanocarpus heimii;
~ kampung = ~ pasir sejenis tumbuhan (pokok besar), Hopea odorata.
cengam I
mencengam
1. menangkap dengan mulut (seperti buaya menangkap mangsanya), mencakup;
2. [bahasa kasar] makan.
cengam II
= cingam.
cengang
bercengang, bersicengang hairan, kehairanan:
~ semua orang di keliling melihat mereka berkelahi;
mencengangkan menimbulkan rasa hairan, terkejut bercampur pelik (kerana melihat sesuatu kejadian yang luar biasa atau di luar dugaan dan sebagainya):
kebolehan luar biasa kanak-kanak itu ~ orang ramai;
tercengang, tercengang-cengang berasa kehairan-hairanan, terkejut bercampur pelik (sehingga mata terbuka luas dan mulut ternganga):
mereka ~ apabila seorang anggota polis menghampiri mereka dan meminta kad pengenalan mereka;
mentercengangkan menyebabkan tercengang.
cengap
mencengap
1. menangkap dengan mulut;
2. mengap-mengap.