canggih II

1. moden dan kompleks (alat), sofistikated:
walau bagaimanapun ~ peralatan yang dipunyai oleh sesuatu badan, selagi yang mengerjakannya tidak menguasai bidang yang mahu diusahakan, maka selagi itulah timbul kesalahan;

2. hebat, menarik, moden (bangunan, pakaian, dan lain-lain):
Liyana kelihatan begitu ~;

3. tugas dengan berkesan, sesuai dengan perkembangan masa:
wanita ~;

mencanggihkan menjadikan seseorang atau sesuatu (teknologi, peralatan, pakaian, dan lain-lain) canggih;

kecanggihan perihal (sifat, keadaan, dan sebagainya) canggih:
~ senjata-senjata moden sangat dikagumi oleh banyak pihak;

pencanggihan perbuatan mencanggihkan sesuatu:
peluasan dan ~ jurnalisme berbahasa Melayu.

canggung I

1. kurang biasa atau kurang senang menggunakan (melakukan) sesuatu, kekok, kaku, janggal:
dari kecil lagi dia diajar menari, sebab itulah apabila dia menari, tidak ~ nampaknya;

2. berasa kurang senang (tidak bebas), segan-segan atau malu-malu (kerana tidak biasa bercampur atau tidak tahu adat resam orang):
anak raja itu terasa serba kekok dan ~, tidak tahu apa yang hendak dibuatnya;

3. kurang elok atau sempurna (pada pandangan atau pendengaran), tidak kena pada tempatnya, agak janggal:
bahasa karangannya begitu ~ hingga tidak dapat disiarkan;
kenalanku ada yang cantik dan tidak akan ~ jadi isterimu;

4. serba kekurangan (berkenaan (dengan) kehidupan, pengetahuan, dan lain-lain):
bagaimana aku dapat hidup senang, kalau serba ~ seperti ini;

5. = tercanggung [Minangkabau]
a) berasa sepi (kerana tidak berteman dan lain-lain);
b) kurang senang (kecewa dan lain-lain):
hendaklah diusahakan supaya pembeli jangan ~;
~ bagai antan dicungkilkan duri
(peribahasa) perbuatan yang bukan-bukan, tidak kena pada tempatnya;

kecanggungan
1. perihal canggung (kekok, kaku, janggal), kekekokan, kekakuan, kejanggalan;

2. perihal canggung (segan-segan atau malu-malu):
~nya jelas pada gerak-gerinya;

3. perihal canggung (kurang elok atau sempurna pada pandangan atau pendengaran):
~ bahasanya memperlihatkan kecetekan pengetahuannya tentang tatabahasa bahasa Melayu.

canggung II

dahan atau batang kayu mati yang timbul tenggelam di air;
bagai kera dapat ~ (peribahasa) tidak renggang-renggang dari tempat menerima pertolongan.