sejenis tumbuhan (pokok), pelawan, Tristania whiteana.
cangap
1. cabang pada hujung galah (kayu dan lain-lain);
2. takuk pada hujung atau pangkal galah (batang dan lain-lain).
cangcang
[Jakarta];
mencangcang menambat(kan).
cangerai
nasib tidak baik, sial;
buang ~ buang sial.
cangga
cenangga.
canggah I
1. galah (besi, kayu, dan lain-lain) yang hujungnya bercabang (digunakan sebagai senjata, untuk mengait, dan lain-lain);
2. dahan yang bercabang dua;
bercanggah
1. memakai canggah;
2. bercabang;
3. = bercanggahan bertentangan (pendapat, perkara, keputusan, dan lain-lain):
kenyataan yang dikeluarkan itu ~ dengan pendapat mereka;
pemakaian bahasa setengah-setengah penulis ~ dengan tatabahasa;
mencanggah menjalankan perahu dengan canggah;
mencanggahi berbeza daripada, bertentangan dengan:
maklumat itu ~ kesahan dasar itu;
percanggahan perihal bercanggah (pendapat dan lain-lain):
~ pemikiran tentang konsep ketuhanan.
canggah II
cucu kepada cucu.
canggah III
[Kelantan] pergi (ke sesuatu tempat) dengan susah payah.
canggai
1. kuku (jari tangan) yang dibiarkan panjang;
2. kuku yang dibuat daripada emas atau perak untuk hiasan jari (dalam tarian dan lain-lain).
canggal
~ puteri sejenis tumbuhan (pokok), kedi, leban condong, melampai bukit, mengkedi, Engelhardtia nudiflora.