canggah I

1. galah (besi, kayu, dan lain-lain) yang hujungnya bercabang (digunakan sebagai senjata, untuk mengait, dan lain-lain);

2. dahan yang bercabang dua;

bercanggah
1. memakai canggah;

2. bercabang;

3. = bercanggahan bertentangan (pendapat, perkara, keputusan, dan lain-lain):
kenyataan yang dikeluarkan itu ~ dengan pendapat mereka;
pemakaian bahasa setengah-setengah penulis ~ dengan tatabahasa;

mencanggah menjalankan perahu dengan canggah;

mencanggahi berbeza daripada, bertentangan dengan:
maklumat itu ~ kesahan dasar itu;

percanggahan perihal bercanggah (pendapat dan lain-lain):
~ pemikiran tentang konsep ketuhanan.

berkongsi