briofit

(Biologi) sejenis tumbuhan kecil daripada filum Bryophyta, berdaun hijau, tidak berakar, dan lazimnya tumbuh di merata-rata habitat lembap di seluruh dunia, misalnya lumut.

bris

tempat yang lebih tinggi daripada geladak (kapal), tempat memberi perintah kepada anak buah.

broked

sejenis kain tebal, berat, biasanya daripada sutera dan ada corak di atasnya.

broker

orang yang kerjanya membeli dan menjual saham, wang asing, atau barang-barang untuk orang lain;
~ insurans orang yang mengendalikan urus niaga pembelian dan penjualan (polisi) insurans bagi pihak-pihak yang terlibat;
~ saham orang yang menguruskan pembelian dan penjualan saham bagi pihak lain;
~ tanah orang yang mempertemukan penjual dengan bakal pembeli atau sebaliknya dalam urusan jual beli tanah;

pembrokeran aktiviti yang berkaitan dengan urus niaga broker.

bromal

(Perubatan) cecair sintetik yang berminyak dan berwarna kekuning-kuningan, digunakan dalam perubatan sebagai ubat penenang.