(Kimia) sebatian yang terdiri daripada bromin dengan unsur lain.
bromin
(Kimia) unsur bukan logam dalam kumpulan halogen yang merupakan cecair mudah meruap, berwarna merah tua, yang wujud semula jadi dalam air laut, dan digunakan dalam pengeluaran bahan kimia.
bronkiol
(Biologi) cabang salur bronkus yang paling kecil (dalam paru-paru).
bronkitis
(Perubatan) radang pada salur bronkus (dalam paru-paru).
bronkus
(Biologi) salah satu daripada dua cabang utama batang tenggorok (dalam paru-paru).
bros
[Indonesia-Belanda] sejenis perhiasan daripada emas dan lain-lain yang dipakai di dada.
brosur
risalah (yang memberikan maklumat atau keterangan ringkas tentang sesuatu).
brutal
[bahasa percakapan] kasar, kejam, atau ganas (berkenaan (dengan) tindakan, perbuatan dan sebagainya):
dia perlu meninggalkan kehidupan yang ~ dan penuh bahaya itu.
bruto
[Indonesia-Belanda] (hasil, pendapatan, keuntungan, berat dan lain-lain) kasar, lawan bersih.
BSc
[kependekan] Bachelor of Science (Sarjana Muda Sains).