[Indonesia-Belanda] pembantu:
~ inspektor.
ajutan
pegawai tentera yang menolong panglima atau ketua angkatan tentera dalam urusan-urusan pentadbiran.
ak
[kependekan] anak:
Abon ~ Jatim.
akad
[Arab] janji, perjanjian;
~ jual beli perjanjian jual beli;
berakad mengikat perjanjian.
akad nikah
perjanjian dalam perkahwinan;
mengakadnikahkan mengijabkabulkan, menikahkan:
puteri itu telah diakadnikahkan baginda dengan anakanda baginda.
akademi
1. sekolah tinggi (pusat pengajian) yang mengajarkan sesuatu pengetahuan (keahlian dan sebagainya);
2. persatuan atau yayasan (untuk memajukan ilmu pengetahuan, kesusasteraan, dan lain-lain).
akademia
dunia atau kehidupan akademik:
malanglah andainya para ilmuan kita sampai kehilangan khalayak kerana terlalu asyik menyendiri di dunia ~ menara gading mereka.
akademik
1. mengenai atau berkaitan dengan akademi (pusat pengajian tinggi);
2. bersifat atau mengandungi ilmu pengetahuan (yang tinggi atau mendalam):
anak muda itu memulakan penganalisaan yang ~.
akademikus
[Indonesia-Belanda] orang yang berpendidikan dari pusat pengajian tinggi (lepasan universiti dan sebagainya).
akademis
[Indonesia-Belanda] akademik:
soal-soal ~;
perbincangan ~.