bom III

1. kayu memanjang di muka kereta (tempat lembu dan lain-lain menarik kereta);

2. [Indonesia] jambatan pelabuhan, pelabuhan.

bomba

1. alat untuk mengepam air dan lain-lain, pam:
air telaga itu dinaikkan ke atas dengan ~;

2. pasukan yang bertugas untuk memadamkan kebakaran;
ahli ~ orang yang bertugas memadamkan kebakaran;
kereta ~ kereta yang digunakan oleh ahli bomba apabila memadamkan kebakaran;
perkhidmatan ~ perkhidmatan untuk memadamkan kebakaran;

kebombaan segala urusan yang berkaitan dengan perkhidmatan bomba:
dia menjalani latihan asas ~ di Pusat Latihan Bomba.

bombardir

[Indonesia-Belanda];

membombardir
1. mengebom, menjatuhkan bom banyak-banyak (ke sesuatu sasaran);

2. menaikkan pangkat (dalam perkhidmatan) dengan sesuka hati (tidak memandang kelayakan, kecekapan, dan sebagainya).

bombastik

banyak menggunakan kata yang indah-indah dan luar biasa kelihatannya tanpa membawa pengertian yang bernas atau jelas:
Arena Wati menggunakan bahasa yang sederhana dan mudah difahami, pemilihan kata-katanya dibuat begitu teliti dan tidak ~.

bombin

= ikan inggu ~
1. sejenis ikan laut, Holocanthus spp.;

2. sejenis ikan laut, Amphirion spp.

bomoh

tabib yang mengubati orang sakit dengan menggunakan ubat tradisional atau cara kampung dan jampi-jampi, pawang, dukun;
~ mencari orang sakit (peribahasa) orang yang menawarkan diri dengan tidak diminta;

berbomoh menggunakan khidmat bomoh untuk mengubati penyakit, menyihir, mencelakakan, dan sebagainya;

berbomoh-bomoh menggunakan khidmat beberapa bomoh untuk mengubati penyakit, menyihir, mencelakakan, dan sebagainya:
ada yang sampai ~ untuk menundukkan lawannya;

kebomohan perihal berubat secara tradisional dengan bomoh atau dukun;

perbomohan yang berkaitan dengan bomoh (amalannya, selok-belok kerjanya, dan sebagainya):
kepercayaan warisan seperti magis dan ~;
memperoleh kepakaran dalam ilmu ~.

bon

1. sijil pelaburan yang dikeluarkan oleh kerajaan atau perbadanan, yang menunjukkan bahawa sejumlah wang telah dipinjamkan dan akan dibayar balik berserta faedah;

2. [Indonesia] surat kecil (pengakuan mengambil barang yang akan dibayar kemudian):
~ jati;
~ jati
bon yang paling terjamin;
~ kerajaan bon yang diterbitkan oleh kerajaan sesebuah negara dan dianggap tidak berisiko;
~ pelaksanaan (Ekonomi) dokumen yang merupakan jaminan, biasanya berbentuk insurans atau jaminan bank, yang dikeluarkan bagi pihak kontraktor kepada pemberi kontrak untuk memastikan kelancaran pelaksanaan projek sekiranya kontraktor gagal memenuhi syarat kontrak;
~ perbendaharaan bon yang diterbitkan oleh kerajaan dengan tempoh matangnya yang lama, biasanya antara 10 tahun hingga 30 tahun;
~ syarikat bon yang diterbitkan oleh syarikat perniagaan dan dianggap tidak bebas risiko.