[Arab] orang upahan, buruh.
ajnabi
[Arab] lelaki (bukan saudara dekat) yang sah dikahwinkan dengan seseorang perempuan.
ajnas
[Arab] (jamak bagi jenis) macam-macam.
ajrih
[Jawa] hormat, (rasa) segan:
kota kecil itu dipandang dengan penuh ~.
aju
mengajukan
1. mengemukakan (usul, permintaan, sanggahan, dan lain-lain), memajukan:
dia ~ pertanyaan itu dengan kata-kata yang manis;
2. membawa ke hadapan (pasukan dan lain-lain), memajukan:
~ pasukan cadangan;
ajuan sesuatu yang diajukan, anjuran, syor, usul, cadangan;
pengajuan perihal (perbuatan) mengajukan:
ini hanya mungkin diterima dengan baik melalui ~ istilah yang betul dan tepat;
= maju
ajuk I
mengajuk memperolok-olok atau mengejek (dengan meniru cakap atau tingkah laku seseorang):
ia menjerit-jerit menurut caranya sendiri yang tidak dapat diajuk orang;
tidak baik ~ orang tempang berjalan;
ajukan perihal mengajuk, ejekan.
ajuk II
mengajuk
1. menduga (dalamnya laut dan lain-lain):
dalam laut boleh diajuk, dalam hati siapa tahu;
2. menguji untuk mengetahui isi hati (perasaan, fikiran):
dalam mengkaji inilah terkeluar kata-kata ~, duga-menduga;
ajukan dugaan, ujian, terkaan;
keajukan diketahui dalam (isi hati, perasaan);
dalam sudah ~, dangkal sudah keseberangan (peribahasa) telah diketahui benar isi hatinya.
ajun I
= terajun menyimpang (dari sasaran), sipi, terlambat (dari jadual dan sebagainya):
pekerjaan mereka sangat ~.
ajun II
[Minangkabau];
mengajun bercadang, bermaksud;
belum diajun telah bertarung (peribahasa) belum dimulai sudah mendapat rintangan;
muda diajun, kikir diperbuat (peribahasa) disebut berkenaan orang yang mahu bersuka-suka, tetapi tidak mahu merugi untuk bersuka-suka itu.
ajung I
jong, perahu Cina;
bak ~ berat sebelah (peribahasa) dikatakan terhadap pertimbangan atau keputusan yang tidak adil;
dari ~ turun ke sampan (peribahasa) mundur dalam kedudukan.