memblok [bahasa percakapan] merintangi pergerakan (perjalanan dan sebagainya) sesuatu, menghalang, menyekat:
kotak-kotak besar yang bertaburan itu telah ~ jalan kenderaan;
keretanya tidak dapat keluar kerana telah diblok oleh kereta lain.
blokade
[Indonesia-Belanda] pengepungan sesuatu daerah (pelabuhan dan lain-lain) sehingga perhubungannya dengan dunia luar terputus;
memblokade mengepung sesuatu daerah (pelabuhan dan lain-lain) sehingga perhubungannya dengan dunia luar terputus.
blokir
[Indonesia] ;
memblokir
1. mengepung sesuatu daerah (pelabuhan dan lain-lain);
2. menahan supaya tidak dapat keluar masuk dan lain-lain (wang dalam bank dan lain-lain);
pemblokiran perihal (tindakan dan sebagainya) memblokir.
blues
(Seni Muzik) sejenis muzik berirama perlahan dan sayu yang berasal dari kalangan orang kulit hitam di Amerika Syarikat.
blurb
keterangan ringkas penerbit tentang isi sesebuah buku pada jaket, kulit belakang buku, dan lain-lain .
BMA
[kependekan] British Military Administration (Pentadbiran Tentera British di Tanah Melayu ketika tamat Perang Dunia Kedua).
BMKN
[Indonesia] [kependekan] Badan Mesyuarat Kebudayaan Nasional.
Bn.
[kependekan] batalion.
bo
[Kelantan] sudah, jangan lagi.
bo-lui
[Cina], [bahasa percakapan] tidak mempunyai wang.