biuku

sejenis kura-kura, Notochelys platynota;
mata ~
mata yang suram (tidak berseri-seri).

biul

[bahasa percakapan] tidak begitu waras fikiran, kemamar, sewel:
dia menjadi ~ setelah lamarannya meminang Zaleha ditolak.

bius

1. = ubat ~ sejenis ubat yang boleh melalikan atau membuat seseorang tidak sedar diri (pengsan dan sebagainya):
macam orang telah kena ~;

2. keadaan tidak sedar diri (kerana dibius):
sedar daripada ~;

membius menyebabkan berasa lali atau tidak sedar dengan memberi ubat bius:
~ pesakit supaya tidak sedar;

kebiusan
1. perihal bius (tidak sedar);

2. menjadi tidak sedar kerana dibius;

pembiusan perihal (proses, perbuatan, dan sebagainya) membius.

Black Maria

sejenis kenderaan polis yang berupa van atau trak untuk mengangkut banduan ke penjara dan sebagainya.