sejenis permainan yang dimainkan di atas meja segi empat panjang dengan memukul bola-bola kecil antara satu dengan lain atau ke dalam jaring dengan kayu panjang;
kayu ~ kayu panjang untuk memukul bola biliard;
meja ~ meja segi empat panjang yang mempunyai enam lubang (pada penjuru dan tepi bahagian tengah meja) untuk bermain biliard.
bilik I
1. ruang dalam rumah (bangunan dan sebagainya) yang bersekat dengan dinding dan berpintu, kamar:
dia masuk ke dalam ~;
2. ruang yang tersekat, petak kecil;
~ jantung dua ruang pada bahagian bawah jantung untuk mengedarkan darah dalam tubuh, ventrikel;
~ air = ~ mandi ruang tempat mandi (membuang air, membasuh dan lain-lain);
~ baca(an) ruang di perpustakaan dan lain-lain tempat membaca;
~ (ber)solek ruang tempat (pengantin dan lain-lain) bersolek;
~ dapur ruang tempat memasak;
~ gelap ruang gelap tempat membuat (mencuci) gambar;
~ gerakan bilik tempat merencanakan sesuatu rancangan (pembangunan dan lain-lain);
~ kawalan bilik tempat menjalankan sesuatu operasi kawalan keselamatan dan sebagainya;
~ kebal bilik khas yang kukuh binaannya, biasanya digunakan untuk menyimpan wang atau barang berharga:
peti keselamatan itu di ~ syarikat kewangan itu;
~ kuliah ruang tempat memberi kuliah di universiti;
~ lokar bilik yang disediakan dengan lokar untuk menyimpan barang peribadi, menyalin pakaian dan sebagainya, biasanya terdapat di pusat sukan, pusat pengajian dan lain-lain;
~ makan ruang tempat makan;
~ mayat bilik tempat menyimpan mayat di hospital sebelum dituntut oleh ahli waris untuk dikebumikan dan sebagainya;
~ menanti = ~ menunggu bilik yang dikhaskan untuk menunggu (giliran, kapal terbang, dan sebagainya) di sesuatu tempat (klinik, hospital, lapangan terbang, dan sebagainya);
~ pengawal bilik khas tempat petugas (polis, warden dan sebagainya) berkawal;
~ persalinan bilik kecil tempat menyalin pakaian;
~ rehat ruang tempat berehat;
~ tamu
a) bilik di rumah yang dikhaskan untuk tetamu beristirahat (tidur dan sebagainya);
b) bilik di sesebuah institusi yang dikhaskan untuk tetamu dan warga institusi berbincang dan sebagainya;
c) bilik tempat tetamu menginap di hotel;
~ tidur ruang tempat tidur;
berbilik mempunyai bilik, berkamar:
rumah pangsa ~ dua;
berbilik-bilik mempunyai banyak bilik.
bilik II
[Jawa] tepas.
bilingualisme
1. pemakaian dua bahasa oleh seseorang atau sesebuah masyarakat, kedwibahasaan;
2. kefasihan bertutur dalam dua bahasa, kedwibahasaan.
bilion
1. (di Britain) satu juta juta, ditulis sebagai 1 000 000 000 000 atau 1012;
2. (di AS) satu ribu juta, ditulis sebagai 1 000 000 000 atau 109;
berbilion, berbilion-bilion beberapa bilion, beberapa banyak bilion.
bilionair
orang yang wangnya (hartanya) dianggarkan satu bilion atau lebih.
bilirubin
(Biologi) pigmen hempedu berwarna kuning kemerahan yang terhasil akibat pemecahan hemoglobin, yang boleh mengakibatkan penyakit demam kuning sekiranya kepekatannya meningkat.
bilirubinemia
(Perubatan) kehadiran bilirubin di dalam darah.
bilis I
[Kelantan]
1. kecil, halus;
2. hampir padam (pelita), malap;
3. hampir tertutup (mata), mengantuk;
4. tidak terkenal, tidak tinggi (taraf, kedudukan):
penulis-penulis ~ yang masih mencari tempat.
bilis II
sakit dan merah (berkenaan (dengan) mata).