bilik I

1. ruang dalam rumah (bangunan dan sebagainya) yang bersekat dengan dinding dan berpintu, kamar:
dia masuk ke dalam ~;

2. ruang yang tersekat, petak kecil;
~ jantung dua ruang pada bahagian bawah jantung untuk mengedarkan darah dalam tubuh, ventrikel;
~ air = ~ mandi ruang tempat mandi (membuang air, membasuh dan lain-lain);
~ baca(an) ruang di perpustakaan dan lain-lain tempat membaca;
~ (ber)solek ruang tempat (pengantin dan lain-lain) bersolek;
~ dapur ruang tempat memasak;
~ gelap ruang gelap tempat membuat (mencuci) gambar;
~ gerakan bilik tempat merencanakan sesuatu rancangan (pembangunan dan lain-lain);
~ kawalan bilik tempat menjalankan sesuatu operasi kawalan keselamatan dan sebagainya;
~ kebal bilik khas yang kukuh binaannya, biasanya digunakan untuk menyimpan wang atau barang berharga:
peti keselamatan itu di ~ syarikat kewangan itu;
~ kuliah
ruang tempat memberi kuliah di universiti;
~ lokar bilik yang disediakan dengan lokar untuk menyimpan barang peribadi, menyalin pakaian dan sebagainya, biasanya terdapat di pusat sukan, pusat pengajian dan lain-lain;
~ makan ruang tempat makan;
~ mayat bilik tempat menyimpan mayat di hospital sebelum dituntut oleh ahli waris untuk dikebumikan dan sebagainya;
~ menanti = ~ menunggu bilik yang dikhaskan untuk menunggu (giliran, kapal terbang, dan sebagainya) di sesuatu tempat (klinik, hospital, lapangan terbang, dan sebagainya);
~ pengawal bilik khas tempat petugas (polis, warden dan sebagainya) berkawal;
~ persalinan bilik kecil tempat menyalin pakaian;
~ rehat ruang tempat berehat;
~ tamu
a) bilik di rumah yang dikhaskan untuk tetamu beristirahat (tidur dan sebagainya);
b) bilik di sesebuah institusi yang dikhaskan untuk tetamu dan warga institusi berbincang dan sebagainya;
c) bilik tempat tetamu menginap di hotel;
~ tidur ruang tempat tidur;

berbilik mempunyai bilik, berkamar:
rumah pangsa ~ dua;

berbilik-bilik mempunyai banyak bilik.

berkongsi