penyanyi perempuan:
~ itu menyampaikan lagu Madah Pujangga.
biduk
sejenis perahu (untuk menangkap ikan atau mengangkut barang di sungai);
bersatu ~ dengan bekerjasama dengan;
~ kalau tidak berkemudi, bagaimana ia akan laju (peribahasa) suatu pekerjaan yang dikerjakan tanpa kepandaian payah berhasil;
~ lalu kiambang bertaut (peribahasa) lebih baik jangan dicampuri perselisihan orang yang bersanak saudara kerana akhirnya mereka akan berbaik balik;
~ pecah nakhoda mati, anak buah cerai-berai (peribahasa) perihal suatu perusahaan yang bankrap, ketuanya meninggal dan pekerjanya kucar-kacir;
~ satu, nakhoda dua (peribahasa)
a) orang yang menduakan suami;
b) suatu pekerjaan yang ketuanya dua orang;
~ serempu sejenis perahu yang dibuat dengan lunas panjang dan lekuk;
~ upih pengayuh bilah (peribahasa) tiada berdaya untuk mengerjakan sesuatu pekerjaan;
lain ~ lain digalang (peribahasa)
a) lain disoal lain dijawab;
b) lain yang berbuat salah, lain pula yang tertuduh;
pacak mencerca ~ orang, ~ sendiri tak terkayuh (peribahasa) kesalahan orang lain tampak, kesalahan sendiri tidak tampak;
seperti ~ dikayuh hilir (peribahasa) mengerjakan pekerjaan yang sedia digemarinya;
terkatung-katung macam ~ patah kemudi (peribahasa) peri sengsara di rantau orang dan tidak ada orang yang menolong;
tertumbuk ~ dikelokkan, tertumbuk kata difikiri (peribahasa) kalau sesuatu pekerjaan terbantut, hendaklah dicari jalan lain;
tertumpang di ~ tiris (peribahasa) terikat (tersekutui) pada pekerjaan yang merugikan;
tiada ~ karam sebelah (peribahasa) apabila seseorang mendapat kesusahan, kaum keluarganya menderita juga;
berbiduk naik biduk.
bidur
[sastera lama]
1. bongkah timah yang beratnya tiga paun atau 1.36 kg;
2. kati (juga dipakai sebagai mata wang).
bienial
(Biologi) tumbuhan (seperti lobak merah, rumput jarum, dan lain-lain) yang melengkapkan kitar hidupnya dalam masa dua tahun.
bifstik
kepingan daging yang boleh dipanggang, digoreng, dan lain-lain, yang dipotong daripada bahagian daging pejal lembu.
bigami
amalan beristeri atau bersuami dua.
bigamis
orang yang beristeri atau bersuami dua.
bighair
[Arab] [arkaik] kecuali, lain daripada;
ghair.
bigu
[arkaik] pendeta (Buddha);
biku I.
bihun
[Cina] sejenis mi halus yang dibuat daripada tepung beras.