[Arab] sejenis planet yang terletak keenam jauhnya dari matahari.
Zuhara
= Zuhrah.
Zuharah
= Zuhrah.
Zuhrah
[Arab] sejenis planet yang terletak kedua jauhnya dari matahari.
Zuhrat
= Zuhrah.
zuhud
[Arab] (berkenaan (dengan) seseorang) soleh hidupnya dan tidak dikuasai oleh kemewahan dan keseronokan dunia;
berzuhud mengamalkan sifat zuhud:
perbanyaklah mengingati mati kerana itu akan mengurangkan seseorang daripada melakukan dosa dan menjadikannya ~ dalam urusan dunia;
menzuhudkan menjadikan seseorang zuhud:
mereka hanya mahu ~ diri kepada Allah;
kezuhudan sifat zuhud:
cinta kepada IIahi terbit daripada ~ jiwanya.
zuhur
[Arab]
1. = waktu ~ waktu tergelincir matahari ke arah barat hingga bayang-bayang kayu dan sebagainya sama panjang dengan kayu dan sebagainya yang menjadi pengukurnya;
2. = sembahyang ~ sembahyang fardu pada waktu zuhur.
Zulhijah
[Arab] bulan ke-12 (mengikut perhitungan tahun Hijrah).
Zulkaedah
[Arab] bulan yang kesebelas (mengikut perhitungan tahun Hijrah).
zulmat
[Arab]
1. gelap (kerana ribut), kegelapan;
2. keadaan sesat tanpa hidayah.