beti II

= tanda ~ bukti yang dapat dilihat (berkenaan (dengan) kesalahan dan lain-lain);

terbeti terbukti, ada bekasnya:
sah kata adat, apabila tertanda ~.

betik I

sejenis tumbuhan tropika (pokok dengan buahnya), yang isi buahnya berwarna kuning atau jingga dan sedap dimakan, papaya;
~ belulang = ~ bubur = ~ rambai sejenis betik, Carica spp.

betik II

[Minangkabau];

terbetik tersiar (berita dan lain-lain):
pernah juga ~ berita bahawa dia telah mati dibunuh.

betina

1. binatang yang melahirkan anak atau mengeluarkan telur:
kuda ~;
ayam ~;

2. bahagian tumbuh-tumbuhan yang memutikkan buah;

3. [bahasa percakapan] panggilan kesat kepada wanita yang kelakuannya menyimpang daripada norma masyarakat:
memang kau ~ pisau cukur;

4. lawan jantan:
embun ~;
kasau ~;
ketam ~;
kokmot ~;
baik jadi ayam ~ supaya selamat
(peribahasa) tidak usah kita menunjukkan keberanian kita kerana kelak mendatangkan mudarat;

kebetinaan perihal (sifat) betina.