aib

1. rasa hina atau malu akibat perbuatan keji dan sebagainya oleh seseorang anggota keluarga dan sebagainya, cela, nama buruk, penghinaan;
memberi ~ memberi malu, mencela (nama baik keluarga dan sebagainya);
menaruh ~ berasa malu;

2. cacat, salah:
tiap-tiap benda yang murah tidak dapat tidak ada ~nya;

mengaibkan
1. memberi aib, mencela, mencerca:
ia selalu ~ jirannya;
perbuatan yang ~;

2. menghina, menodai (nama baik), memberi malu:
kadi memberitahu perempuan-perempuan jalang itu bahawa mereka telah ~ agama Islam;

keaiban cela, kecelaan, noda (nama buruk), perasaan malu:
hal itu merupakan suatu ~.

Aidiladha = Hari Raya ~ hari besar bagi umat Islam yang dirayakan pada 10 Zulhijah setiap tahun Hijrah, Hari Raya Haji, Hari Raya Korban.

Aidilfitri

= Hari Raya ~ hari besar bagi umat Islam yang dirayakan pada 1 Syawal setiap tahun Hijrah (setelah berakhir puasa selama sebulan), Hari Raya Puasa.

AIDS

akronim bagi acquired immune deficiency syndrome (sindrom kurang daya tahan penyakit) iaitu penyakit atau keadaan yang dianggap disebabkan oleh sejenis virus yang menjadikan sel-sel putih dalam tubuh seseorang itu tidak lagi berupaya melindunginya daripada serangan penyakit.

aileron

(Kejuruteraan) bahagian sayap kapal terbang yang berengsel yang gunanya untuk mengimbangi dan mengawal kapal terbang semasa penerbangan.

ain I

1. huruf ke-18 abjad Arab (mempunyai nilai 70);

2. huruf ke-19 abjad Jawi.

air I

1. cecair yang terbentuk daripada dua bahagian hidrogen dan satu bahagian oksigen (dalam keadaan yang murni tidak mempunyai warna, bau atau rasa);

2. kumpulan cecair (seperti yang terdapat di dalam sungai, tasik, laut, dan sebagainya):
banjir berlaku apabila ~ sungai melimpahi tebingnya;

3. cecair yang terdapat dalam buah-buahan, perahan, jus:
~ tebu;
~ limau;

4. = batang ~ sungai;
ke batang ~ ke sungai;
anak ~ anak sungai;

5. minuman:
~ teh;
~ kopi;

6. cecair yang rupanya seperti air;

7. campuran air atau sesuatu cecair dengan bahan(-bahan) lain;
~ abu air yang mengandungi zat daripada abu;
~ alas air masin (di muara sungai);
~ ampuh air bah;
~ anggur minuman yang dibuat daripada buah anggur;
~ api = ~ keras asid;
~ atar sejenis minyak wangi;
~ bah banjir;
~ bakat = ~ berolak pusaran air;
~ batu = ~ beku ais;
~ batu campur
sejenis minuman sejuk yang dibuat daripada air batu kisar yang dibubuh kacang merah, jagung, cincau, gula melaka cair, sirap, susu cair, dan lain-lain;
~ batu kering
karbon dioksida yang disejukkan dan merupakan ketul-ketul;
~ belanda = ~ soda air yang bercampur dengan karbon dioksida;
~ berat (Kimia) molekul air yang terdiri daripada dua atom deuterium dan satu atom oksigen;
~ besar [bahasa halus] najis, tahi;
~ buah air perahan buah-buahan, jus;
~ bujang minuman seperti teh, kopi dan sebagainya yang dihidangkan kepada tetamu tanpa kuih, biskut dan sebagainya;
~ dakelom = ~ dakelong = ~ kolong = ~ kelonyor sejenis minyak wangi (eau-de-cologne);
~ emas
a) lapis emas, dakwat emas;
b) benang emas;
~ galian air mineral;
~ gula air yang dibuat terlalu manis dengan gula;
~ hempedu air yang dikeluarkan oleh hempedu;
~ hidung hingus;
~ hidup maulhayat;
~ kandang [Indonesia] air dari kotoran kandang;
~ kapur larutan akueus kalsium hidroksida;
~ kecil = ~ kemih air kencing;
~ kelonyor = ~ kolong air dakelom;
~ kosong air minuman yang tidak dibubuhi apa-apa pun seperti teh, kopi, gula dan sebagainya;
~ kumbahan air basuhan;
~ lata = ~ terjun air yang jatuh (di lereng gunung dan lain-lain);
~ lembut (Kimia) air yang tidak mengandungi garam kalsium dan garam magnesium dan mudah mengeluarkan buih apabila bercampur dengan sabun;
~ lemoned sejenis minuman (biasanya dalam botol);
~ liat (Kimia) air yang mengandungi garam kalsium dan garam magnesium dan tidak mudah mengeluarkan buih apabila bercampur dengan sabun;
~ liat kekal (Kimia) air yang kandungan garamnya tidak hilang apabila dididihkan;
~ liat sementara (Kimia) air yang kandungan garamnya hilang apabila dididihkan;
~ limun [Indonesia] air lemoned;
~ liur air yang keluar di dalam mulut;
~ mandi
a) air untuk mandi;
b) sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan;
~ mani air dan benih yang keluar ketika bersetubuh atau ketika syahwat memuncak;
~ marga jiwa = ~ merta jiwa = ~ utama jiwa = ~ maulhayat air yang memberi hidup (dalam cerita dahulukala);
~ mata air yang keluar dari mata (apabila menangis dan lain-lain);
~ mata air air yang keluar dari punca air dalam tanah;
~ mati
a) limbahan di pantai yang airnya tidak mengalir;
b) surut timpas;
c) air yang sudah dimasak dan sudah sejuk;
~ mawar air yang harum baunya (dibuat daripada bunga mawar);
~ (me)lata air terjun yang kecil;
~ mentah air yang belum ditapis (dibubuhi klorin dan sebagainya) hingga layak digunakan oleh manusia;
~ mineral
air semula jadi yang mengandungi garam galian atau gas terlarut dan berkhasiat sebagai air minuman;
~ minum air untuk diminum;
~ muka
a) permukaan air;
b) rupa muka (yang membayangkan sesuatu perasaan);
c) [kiasan] maruah, harga diri;
~ mukjizat air yang mempunyai sesuatu hikmat atau kelebihan;
~ paip air yang telah dirawat bersih dan disalurkan ke rumah-rumah dan sebagainya dengan menggunakan paip;
~ pancur [Kedah] air paip;
~ pankreas cecair yang dikeluarkan oleh pankreas, jus pankreas;
~ pasang air naik (paras air laut yang naik);
~ pasang keling air pasang besar;
~ payau air yang kandungan garamnya lebih rendah daripada air laut, tetapi lebih tinggi daripada air tawar (terutama air di sekitar muara);
~ penghabluran (Kimia) air yang wujud dalam sebatian berhablur dalam perkadaran tertentu, misalnya 5 molekul air dalam kuprum(II) sulfat pentahidrat, CuSO4.5H2O;
~ perak dakwat perak;
~ perut cecair yang dikeluarkan oleh perut;
~ pokok (tanaman) cecair yang terdapat dalam pokok;
~ raksa sejenis logam cair yang rupanya seperti timah (digunakan dalam termometer dan lain-lain), merkuri;
~ sebak air bah;
~ sembahyang
a) air yang boleh digunakan untuk bersuci jika hendak bersembahyang;
b) keadaan sudah bersuci tubuh untuk bersembahyang;
~ sembilan air untuk memandikan mayat;
~ seni [bahasa halus] air kencing;
~ serani air permandian (baptis) orang Kristian;
~ setaman air yang dibubuhi bunga-bungaan (untuk menujuh bulan dan lain-lain);
~ suci [Indonesia] (Katolik) air yang sudah disucikan (diberi berkat);
~ suling air yang (sudah) disuling (dijadikan wap dan disejukkan kembali);
~ surut air turun (lawan air pasang), paras air laut yang turun;
~ susu air yang keluar dari susu (tetek) manusia dan haiwan;
~ talkin air yang disiram ke atas kubur (orang yang baru sahaja dikebumikan) sebaik sahaja talkin selesai dibacakan;
~ tanah air yang terbit dari tanah;
~ tawar air biasa (bukan air masin dan lain-lain);
~ tepung tawar air yang telah dimanterai (untuk ubat dan lain-lain);
~ terjun air yang jatuh ke bawah (di lereng gunung dan lain-lain), air lata;
~ tetuban = ~ tuban air yang keluar mendahului bayi lahir;
~ timah lapis timah;
~ timpas air surut yang serendah-rendahnya;
~ tolak bala air untuk menjauhkan penyakit dan lain-lain;
~ tulen air yang bebas daripada bahan terlarut atau terampai;
~ wangi air yang berbau harum;
~ wuduk air sembahyang;
~ Yasin air yang sudah dibacakan surah Yasin;
~ zamzam air dari telaga zamzam di Mekah;
berhabis ~ [Indonesia] terlalu lama bermesyuarat atau bercakap-cakap;
telah jadi ~ habis (wang, modal, dan lain-lain);
~ beriak tanda tak dalam (peribahasa) orang yang sombong (besar cakapnya tetapi tidak berisi atau kurang ilmunya);
~ besar batu bersibak (peribahasa) perselisihan yang besar akan mencerai-beraikan orang yang bersahabat atau bersaudara;
~ cucuran atap jatuhnya ke pelimbahan juga = ~ di tulang bumbungan turunnya ke cucuran atap (peribahasa) anak itu menurut sifat dan teladan orang tuanya (sesuatu itu menurut asalnya);
~ dalam berenang (berkumbah), ~ dengkat bercebok (peribahasa) perbelanjaan itu harus dipadankan mengikut banyak sedikitnya pendapatan;
~ dicincang tiada putus = ~ ditetak tiada akan putus (peribahasa) kerana perbalahan orang yang sekaum atau bersaudara tiada akan cerai-berai;
~ diminum rasa duri, nasi dimakan rasa sekam = ~ diminum sembiluan (peribahasa) dikatakan berkenaan orang yang dalam kesusahan (dukacita) sehingga tidak sedap makan dan minum;
~ mata jatuh ke perut (peribahasa) berdukacita dengan tiada ketara;
~ mudik sungai semua teluk diranai (peribahasa) orang yang boros tiada memilih barang, mana yang melintas dibelinya;
~ pun ada pasang surut (peribahasa) untung malang tiada tetap, selalu berganti-ganti;
~ sama ~, sampah ke tepi jua (peribahasa) jika kita mencampuri pergaduhan orang yang bersanak saudara, apabila mereka berbaik balik, kita juga yang tersisih dari mereka;
~ setitik dilauntukan, tanah sekepal digunungkan (peribahasa) membesar-besarkan perkara yang kecil;
~ tenang jangan disangka tiada buaya (peribahasa) orang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut;
~ tenang menghanyuntukan (peribahasa) orang yang pendiam dapat melakukan pekerjaan yang payah-payah;
~ yang dingin juga yang dapat memadami api (peribahasa) kata yang lemah lembut juga yang dapat mendinginkan hati orang yang sedang marah (dapat menghilangkan dendam);
ada ~ adalah ikan (peribahasa) barang di mana kita tinggal ada juga rezeki (setiap negeri ada adat resamnya sendiri);
adakah dari telaga yang jernih mengalir ~ yang keruh (peribahasa) adakah di mulut orang baik-baik keluar perkataan yang keji;
bagai ~ di daun keladi (peribahasa)
a) tiada lekat pengajaran;
b) tiada tetap hatinya (pendiriannya);
bagai ~ titik ke batu (peribahasa) amat sukar hendak memasukkan pengajaran yang baik kepada orang jahat dan degil;
bagai membendarkan ~ ke bukit (peribahasa) pekerjaan yang sia-sia;
bagai menampung ~ dengan limas pesuk (peribahasa) pengajaran yang lekas sekali dilupakan (orang yang dipercayai menyimpan wang tetapi memboroskan wang itu);
bagai minum ~ bercacing (peribahasa) hal orang yang enggan disuruh mengerjakan sesuatu pekerjaan;
bakarlah ~ ambil abunya (peribahasa) benda yang mustahil boleh diperoleh;
bermain ~ basah, bermain api letup (peribahasa) setiap pekerjaan ada akibatnya;
buang ~ keruh, ambil ~ jernih (peribahasa) memulai penghidupan baru;
bukan ~ muara yang ditimba, sudah disauk dari hulunya (peribahasa) bukan khabar angin, tetapi didapati dari pangkalnya (sumbernya) yang benar;
dimandikan dengan ~ segeluk (peribahasa) diberi pertolongan yang tiada bererti;
menepuk ~ di dulang (peribahasa) menceritakan aib sendiri atau aib kaum keluarga;
mengadu ~ dengan garam (peribahasa) kasih yang sia-sia (tidak sempurna);
merajukkan ~ di ruang (hendak karam ditimba juga) (peribahasa) marah yang tiada sampai, apabila perlu ditolong juga;
sekali ~ bah, sekali pasir berubah, sekali ~ gedang (besar), sekali tepian beranjak (peribahasa) lain kepala (ketua) lain kemahuannya;
selama ~ hilir, selama gagak hitam (peribahasa) tetap selama-lamanya;
seperti ~ dalam kolam (terenang) (peribahasa) dikatakan kepada orang yang tenang sikap dan tingkah lakunya;
tak ~ hujan ditampung, tak ~ peluh diurut, tak ~ talang dipancung (peribahasa) segala daya upaya dilakukan asal maksud tercapai;
terbit ~ kerana dipercik, terbit minyak kerana dikempa (peribahasa) mahu melakukan sesuatu kerana dipaksa;
terseberang pada ~ besar (peribahasa) terpelihara daripada bahaya besar;
umpama ~ digenggam tak tiris (peribahasa) perihal orang yang kikir;

berair
1. mengandungi air (berkenaan (dengan) kolam, sungai, buah-buahan, dan lain-lain);

2. mengeluarkan air atau cecair;

mengair
1. menjadi air;

2. menjadi seperti air (rata, jernih);

mengairi
1. memberi (menyalurkan, membekalkan) air ke (sawah dan lain-lain), menggenangi (sawah dan lain-lain);
~ sawah orang (peribahasa) menguntungkan orang lain;

2. [bahasa percakapan] memberi minum;

keairan
1. basah, tergenang (digenangi) air;

2. bocor (dimasuki air);

3. [sastera lama] kena luka;

perairan
1. laut yang termasuk dalam (diiktiraf sebagai sebahagian daripada) kawasan atau wilayah sesebuah negara:
kapal penyeludup itu tertangkap di ~ Malaysia;

2. [Indonesia] urusan mengenai persediaan air;

pengairan perihal (usaha dan sebagainya) mengairi (kawasan pertanian);

sepengairan yang mendapat air dari satu sungai:
kawasan atau daerah ~.