wangsa

(Sanskrit) bangsa, keluarga (raja, keturunan raja);
muda ~ muda bangsawan;
~ Shailendra keluarga raja-raja Shailendra.

wanita

[bahasa halus] orang perempuan, lawan lelaki:
fikirannya tertumpu kepada ~-~ genit sahaja;
kaum ~
kaum ibu, kaum puteri;

kewanitaan perihal wanita, sifat-sifat wanita, keputerian:
Rohaya mempunyai sifat ~ yang cukup lemah-lembut serta paras yang cantik;

pewanitaan (Biologi)

1. perkembangan ciri-ciri kewanitaan;

2. pencetusan atau perkembangan ciri-ciri seks sekunder wanita pada lelaki.

wap I

gas yang terjadi daripada air (cecair) yang dipanaskan;

berwap mengeluarkan wap:
menghirup teh yang ~;

mengewap menjadi wap, meruap:
air dalam belanga sedang ~;

mengewapi mengasapi dengan wap, mengukus;

mengewapkan
1. memanaskan (memasukkan) dengan wap air panas, mengukus:
segala pakaian orang itu hendaklah direbus atau diwapkan supaya mati segala hama;

2. menjadikan berwap, mengeluarkan wap:
~ sesuatu bererti menukarkan bentuknya daripada cecair menjadi gas;

pengewapan proses mengewap (mengewapi, mengewapkan).

WAP II

akronim bagi Wireless Application Protocol (Protokol Aplikasi Tanpa Wayar, iaitu suatu sistem yang membolehkan pengguna mengakses internet dengan menggunakan telefon bimbit).

war

[Kelantan] berasa dahaga kerana makan kacang (kuih dan lain-lain).

warak I

[Arab] taat dan patuh kepada Allah, tidak melanggar larangan agama;

kewarakan sifat warak:
agar kehidupan setiap manusia terisi dengan kebijaksanaan, semangat wira dan ~ mestilah dipupuk.