terminal

1. yang merupakan batas, yang terakhir, hujung;

2. stesen atau bahagian bangunan di lapangan terbang dan lain-lain tempat penumpang tiba (pada akhir perjalanan) atau berlepas (memulakan perjalanan);

3. pangkalan tempat barang-barang mentah dipunggah dan disimpan (dan kadang kala diproses):
~ minyak Iran di Pulau Rharg;

4. alat atau pesawat komputer yang mempunyai hubungan atau talian menerima dan mengeluarkan data dengan pesawat induk komputer.

terminografi

proses merakamkan data tentang istilah yang merangkumi konsep, sistem konsep, maklumat linguistik, sumber istilah dan kemungkinan pertambahan atribut pada masa akan datang.

termogandingan

(Fizik) sejenis alat untuk menyukat suhu (yang terdiri daripada dua dawai logam yang berlainan jenis dan disambungkan pada setiap hujung).