perawatan penyakit dengan menggunakan haba.
ternah
[Johor] jarang ditemui (barang dan lain-lain), luar biasa;
si ~ ki orang yang memakai dengan berlebih-lebihan (mengada-ngada).
ternak
1. [arkaik] yang berasal dr, yang dilahirkan di:
mereka itu ~ Singapura;
orang ~ penduduk negeri, anak negeri, bumiputera;
2. = ternakan binatang peliharaan (kuda, lembu, kerbau, kambing, dan lain-lain):
beliau gemar sekali bercucuk tanam dan memelihara ~;
tukang ~
a) orang yang memelihara binatang;
b) = tukang ~ wang [bahasa percakapan] ceti, pelepas wang;
berternak, menternak memelihara ternak (kuda, lembu, dan lain-lain):
perusahaan ~ itu dijalankan secara besar-besaran;
mereka ~ binatang dan bercucuk tanam;
menternakkan
1. memelihara supaya banyak, membiakkan ternak (lembu, ayam, dan lain-lain):
mereka juga ~ lembu untuk dijual;
2. membungakan wang:
hutangnya kepada orang yang suka ~ wang telah dapat dibayar oleh Zainudin;
penternakan perihal memelihara dan membiakkan binatang, pemeliharaan dan pembiakan binatang;
penternak orang yang menternakkan (binatang).
terobong
[arkaik] cerobong.
terobos
menerobos menembus masuk (barisan musuh dan lain-lain), menembusi, melantasi, merempuh:
sejalur cahaya dan angin pagi yang dingin ~ masuk lewat jendela;
pada hemat saya orang Melayu sepatutnya ~ bidang perniagaan;
penerobosan perbuatan menerobos:
prinsip inilah yang menjadi strategi Jepun untuk menjayakan ~ ekonomi;
= tobros.
terok
[arkaik];
menerok menusuk atau menikam (karung beras dan lain-lain) untuk mengetahui kandungannya.
teroka
meneroka
1. membuka kawasan baru untuk dijadikan kampung (sawah, ladang), membuat sawah (ladang dan lain-lain) di kawasan baru:
menetaplah mereka di sana untuk membuka tanah, ~ hutan belantara untuk dijadikan kampung;
2. [kiasan] menyelidiki (untuk mengetahui sesuatu, biasanya yang belum diketahui lagi), menjelajah:
perasaan ~ dan mengembara tidak hidup lagi dalam jiwa pemuda kita;
3. = menerokai menjalani, menempuh, mengharungi (bidang kegiatan dan sebagainya yang baru):
siswazah-siswazah yang mampu berdikari dan sanggup ~ bidang-bidang perniagaan;
penerokaan perihal (perbuatan, usaha, dan sebagainya) meneroka atau menerokai:
~ dalam tema dan teknik oleh para penulis seharusnya dilakukan berdasarkan pengalaman;
angkasawan-angkasawan yang dipilih untuk menyertai siri ~ ke angkasa lepas terpaksa menjalani ujian terlebih dulu;
peneroka orang yang meneroka:
~-~ zaman dahulu membuka tanah dengan menggunakan kuda dan kapak sahaja.
terolak
[Kedah] bertolak.
teromasa
[sastera lama] telatah.
teromba
sejarah yang diceritakan dalam bentuk perbilangan, tambo, riwayat.