cabang ilmu kimia yang berkaitan dengan perubahan tenaga semasa tindak balas kimia.
termokoh
[Kelantan] duduk dengan menundukkan kepala (bertopang dagu).
termolisis
(Kimia) penguraian molekul melalui tindakan haba atau secara pemanasan.
termometer
alat penyukat suhu, jangka suhu.
termometri
kajian tentang pengukuran suhu dan penetapan ukuran suhu piawai.
termonasti
(Biologi) pergerakan tumbuhan yang disebabkan perubahan suhu sekitaran (mis sesetengah kelopak bunga terbuka apabila persekitaran suhu meningkat).
termonuklear
berkenaan lakuran nuklear:
perang ~.
termoplastik
(Kimia)
1. menjadi lembut dan mudah dilentur apabila dipanaskan dan mengeras semula apabila disejukkan tanpa perubahan ketara pada sifatnya (berkenaan (dengan) bahan plastik);
2. bahan plastik yang melembut dan mudah dilentur apabila dipanaskan dan mengeras semula apabila sejuk.
termos
sejenis balang untuk menyimpan minuman supaya tetap sejuk (panas).
termostat
sejenis alat yang mengatur suhu secara automatik.