[Indonesia-Belanda] teres.
teras I
1. bahagian yang keras dalam batang kayu, hati kayu:
Sanah tidak sanggup membelah batang-batang pinang itu, kulitnya sama keras dengan ~ kayu nangka;
2. bahagian beras dan lain-lain yang sudah dibersihkan;
3. [kiasan] sesuatu yang terpenting (terutama), isi yang terpenting (terbaik), sesuatu yang menjadi asas atau dasar (bagi sesuatu), intisari:
pantunlah yang menjadi ~ puisi Melayu lama dalam kesusasteraan Melayu;
orang-orang ini yang akan menjadi ~ negara;
orang-orang Jepun tidak pernah lupa pada ~ sebenar kemajuan, iaitu membaca;
~ bumi bahagian tengah bumi yang cair;
~ terhunjam, gubal melayang, bertinting bertampi ~, gubal melayang ~ tinggal (peribahasa) orang bangsawan akan lebih dimuliakan walaupun tidak berharta;
meskipun tertimbun dalam tanah, namun ~ timbul juga (peribahasa) orang yang berbudi baik itu sekalipun dalam keadaan melarat akan tetap berbudi dan berhati mulia;
bertemu ~ dengan beliungnya (peribahasa) dua orang yang berselisih dan sama-sama tidak mahu mengalah;
berteras mempunyai (ada) terasnya:
tumbuh-tumbuhan herba tidak ~;
~ ke dalam orang yang tidak kelihatan kekayaan atau kecerdikannya;
~ ke rusuk orang yang dikuasai oleh kaum keluarganya;
~ keluar bagai pimping (peribahasa) tampak di luar sahaja bagus (kaya dan lain-lain) tetapi sebenarnya melarat;
di manakah ~ kayu mahang (peribahasa) janganlah diharapkan yang mustahil;
berteraskan [kiasan] mempunyai sebagai teras (asas, dasar), berasaskan, berdasarkan:
Rasulullah telah berjaya menyatupadukan ketiga-tiga kaum itu di bawah perpaduan yang ~ agama Islam;
menerasi menjadi teras kepada:
Islamlah yang ~ keperibadian Melayu.
teras II
[Indonesia] simen yang dibuat daripada serbuk tanah yang keras (sejenis batu yang terjadi daripada pasir atau tanah, cadas).
terasi I
[Indonesia] belacan.
terasi II
~ manis sejenis tumbuhan (pokok renek), Glochidon rubrum.
terasul
[arkaik] surat-menyurat;
ilmu ~ ilmu mengenai surat-menyurat;
kitab ~ kitab yang mengandungi peraturan surat-menyurat.
terat
[Kedah] sempadan, batasan, perenggan;
batu ~ batu sempadan.
teratai I
sejenis tumbuhan (rizom dan bunganya), bunga padam, bunga telepok, padema, seroja, Nelumbium nelumbo;
~ kecil sejenis tumbuhan (rizom dan bunganya), kelipuk, seroja biru, telepok, tunjung biru, Nymphaea stellata.
teratai II
burung ~ besar sejenis burung, Hydrophasianus chirurgus;
burung ~ kecil sejenis burung, Metopidius indicus.
teratak
1. sejenis rumah kecil di sawah dan lain-lain (untuk tempat tinggal sementara), dangau, gubuk:
di situ mereka membuat ~ untuk tempat kediamannya;
2. rumah (untuk merendahkan diri):
tuanku, di ~ patik inilah tuan puteri ketujuh-tujuh beradik itu bermain;
3. [Jawa] atap tepas yang diberi bertiang (untuk tempat berteduh);
4. dusun kecil (didiami oleh beberapa keluarga sahaja);
meneratak [arkaik] mendirikan teratak.