sejenis tumbuhan (pokok), geronggang semut, kedondong kerut, kerantai (merah), surian, Santiria laevigata.
terap
[Kelantan], [Terengganu] mengemas dan menyusun (pinggan, periuk, dan lain-lain):
tolong ~ baik-baik sikit.
terap I
sejenis tumbuhan (pokok yang kulitnya boleh dibuat tali, cawat, dan lain-lain), Artocarpus elasticus;
getah ~ getah daripada pokok terap (untuk menangkap burung);
menerap menggetah burung.
terap II
[arkaik] ;
berterap berukir;
teterapan sarung keris yang dilapis dengan emas atau ditatah dengan permata:
~ keris;
keris ~ keris yang beralur panjang di tengah-tengah bilahnya;
berteterapan bertatahkan permata.
terap III
[Johor] acuan kuih;
menerap membuat kuih dengan menggunakan terap.
terap IV
juru~ tukang yang memasang atau membaiki jentera (kereta dan lain-lain), jurusawat, mekanik;
berterap berukir;
menerap
1. mengikat atau memasang permata pada cincin (keris dan lain-lain), mengikat permata pada tempat ikatannya;
2. mengikat bata dan lain-lain (untuk lantai, dinding);
3. memasang enjin (mesin dan lain-lain);
menerapkan mempraktikkan, mengenakan pada, menyerapkan (memasukkan) ke dalam:
gerakan koperasi sepatutnya ~ nilai-nilai dan falsafah Islam sebagai satu cara hidup serta menghayatinya;
untuk ~ keenam-enam aspek ini ke dalam sistem pendidikan, kita memerlukan satu penggubalan dan pentakrifan yang menyeluruh;
terterap (telah) diterapkan (dipraktikkan, diserapkan dan sebagainya):
konsep pendidikan seumur hidup sudah ~ ke dalam minda masyarakat kita;
di sebalik peristiwa itu, ~ unsur pemikiran, falsafah dan nafas keislaman yang menjadi pegangannya;
terapan
1. keris yang bilahnya berlekuk panjang pada bahagian tengahnya;
2. penyalut pada sarung keris (daripada emas, perak, dan lain-lain), penduk-penduk;
3. (sesuatu) yang lain dipraktikkan, (sesuatu) yang digunakan atau dikenakan pada sesuatu lain, aplikasi:
institusi perguruan mengadakan kursus linguistik asas dengan tumpuan pada tatabahasa ~ untuk memberi pendekatan kepada pelatih tentang aspek-aspek asas dalam ilmu bahasa;
leksikografi merupakan cabang ilmu linguistik ~;
keterterapan perihal (keadaan atau sifat) dapat diterapkan;
penerapan
1. perihal (perbuatan dan sebagainya) menerap atau memasang (enjin dan lain-lain), pemasangan (enjin dan lain-lain);
2. perihal (perbuatan dan sebagainya) menerapkan (mengenakan pada, menyerapkan, dan sebagainya), perbuatan dan sebagainya mempraktikkan:
~ nilai-nilai Islam ke dalam undang-undang dan pentadbiran negara;
~ corak pendidikan daripada masyarakat lain ke dalam sesuatu masyarakat yang berlainan kebudayaan dan aspirasinya hanya akan menimbulkan kekacauan;
penerap
1. orang yang kerjanya menerap (bata, permata dan sebagainya):
kita telah agak biasa dengan pekerja am misalnya seorang ~ bata;
2. orang yang menerapkan sesuatu (nilai, ilmu dan sebagainya):
kita juga harus bertindak sebagai ~ nilai-nilai yang murni dalam kehidupan keluarga dan masyarakat;
3. alat untuk menerap sesuatu (bata dan sebagainya):
alat ~ bata.
terapai
sejenis tumbuhan (pokok renek), kenapih, terapih, Glycosmis pentaphylla.
terapeutik
1. berkenaan rawatan penyakit:
pendekatan ~;
2. berkenaan sesuatu (aktiviti, udara, dan lain-lain) yang membantu menenangkan fikiran seseorang:
senaman ~ memberi ketenangan;
3. cabang perubatan yang berkaitan dengan rawatan penyakit.
terapi I
sejenis tumbuhan (pokok renek), nerapi, Glycosmis puberula.
terapi II
rawatan sesuatu penyakit fizikal atau mental secara proses pemulihan tanpa penggunaan ubat atau pembedahan;
~ pekerjaan aktiviti fizikal atau mental yang dilakukan untuk membantu merawat, memulihkan atau mengatasi masalah-masalah fizikal, emosi atau sosial yang dihadapi oleh seseorang.