terajang

tendangan (ke bawah atau ke depan) dengan tapak kaki:
dengan sekali ~ sahaja orang itu pun jatuh tersungkur;
~ tumit
menghentakkan tumit ke tanah;

menerajang
1. menendang (ke bawah atau ke depan) dengan tapak kaki:
kaki kanannya ~ lelaki itu;

2. [kiasan] mengetepikan, mengesampingkan:
tetapi apabila datang seorang yang berdarjat, apabila datang orang yang lebih berharta aku diterajangnya;

menerajangkan menendangkan, menyepakkan, mendepakkan:
maka anjing perburuan itu pun diterajangkan oleh pelanduk putih, jatuh ke air.

teraju

1. sejenis alat penimbang yang memakai dua buah piring yang digantungkan pada lengannya, neraca;

2. tali untuk merentangkan (meregangkan) khemah, tali (rantai) untuk menggantung lampu dan lain-lain;

3. tali yang diikatkan pada rangka layang-layang (dari atas ke bawah);

4. [kiasan] kuasa tertinggi, pucuk pimpinan;
~ pemerintahan kuasa yang tertinggi dalam pemerintahan;
~ pimpinan pucuk pimpinan (pimpinan yang tertinggi);
~ palingan tali, manusia palingan Tuhan (peribahasa) perihal hati yang cenderung kepada kebaikan;
~ yang tak palingan (peribahasa) hukuman yang adil (saksama);

menerajui memegang teraju pimpinan, memimpin, mengetuai, mengendalikan:
usia yang semuda itu dirasakan belum cukup untuk ~ sebuah organisasi yang besar dan penting;
empat orang yang telah ~ pimpinan pentadbiran Malaysia selama ini adalah orang-orang yang ~ pimpinan Barisan Nasional;

peneraju orang yang memegang teraju pimpinan.

terak III

penuh sangat (air dan lain-lain);

berterak-terak, berterak-terakan berasak-asak (kerana penuh dan lain-lain), berdesak-desak:
mereka ~ menghampiri dinding istana untuk melihat pertarungan antara dua hulubalang yang terbilang itu;

menerak mengasak atau mendesak (supaya lulus).

teral

meneral [sastera lama] memaksa-maksa supaya berbuat sesuatu, memberangsangkan (supaya bekerja), mendesak, mendorong, menggiatkan:
mandur itu ~ kuli-kulinya bekerja.

terali

[Indonesia-Belanda]
1. jerjak, kisi-kisi;

2. pagar atau langkan (pada beranda, jambatan, dan lain-lain) yang berkisi-kisi;

3. pagar pada tepi kapal:
tangannya menggenggam dengan kuat besi bulat ~ itu;

berterali ada teralinya:
sepanjang asrama itu ada serambi muka, lebih kurang dua meter lebarnya dan ~ pinggirnya;

berteralikan mempunyai sesuatu sebagai terali, memakai terali.