kajian tentang perkembangan embrio yang tidak normal dan kecacatan kongenital.
teratu
[arkaik] [sastera lama] penganiayaan, penyeksaan;
tempat ~ tempat menyeksa orang.
terau
menerau [arkaik] mengambil benang daripada gelendong lalu dipasangkan pada peleting.
terawang
tenunan atau tekat yang berlubang-lubang, kerawang;
berterawang
1. berlubang-lubang, bertembuk-tembuk;
2. berkerawang;
menerawang
1. membuat lubang-lubang kecil pada (kain dan lain-lain), melubangi, menembuk, menembus;
2. membuat kerawang (pada baju dan lain-lain), mengerawang:
kain putih yang diterawang denganbunga yang indah-indah;
3. termenung-menung memikirkan (mengangan-angankan) sesuatu, melayang jauh (fikirannya), mengkhayal:
tertidur juga dia setelah beberapa lama ~ di gelap malam itu;
kenangannya ~ ke masa yang lampau;
4. [kiasan] memandang jauh-jauh (tanpa tujuan tertentu), memandang kosong:
berjam-jam lamanya aku ~ langit dari jendela melihat burung-burung;
~ khayal memikirkan yang bukan-bukan, melamun;
~ langit (udara) = ~ langit mengukir jagat mengangan-angankan yang bukan-bukan, menggantang asap;
penerawang orang yang suka menerawang.
terawih
tarawih.
terazo
bahan lantai (yang dibuat daripada serpihan batu, marmar dan campuran simen serta digilap) dalam bentuk kepingan.
terbak
1. sejenis tumbuhan (pokok), pisang-pisang, Alphonsea elliptica;
2. sejenis tumbuhan (pokok), mengkudang, pepisang bukit, pisang-pisang batu, Alphonsea maingayi.
terban
1. runtuh (rumah, tanah, dan lain-lain), roboh:
hampir semua permatang ~;
2. [kiasan] rosak binasa, musnah sama sekali;
~ bumi tempat berpijak (peribahasa) putus harapan kerana hilang tempat bergantung.
terbang I
1. melayang atau bergerak di udara dengan menggunakan sayap (tenaga jentera dan lain-lain):
beberapa ekor burung layang-layang ~ di udara;
sebuah helikopter ~ di atas kota;
2. menumpang atau naik kapal terbang:
petang itu juga beliau ~ ke Singapura;
3. [Indonesia] mudah meruap (minyak dan lain-lain), mudah kering, mudah menjadi gas:
minyak ~;
zat ~;
4. = berterbangan melayang-layang di udara (debu, daun-daunan, dan lain-lain), berhamburan di udara;
5. [kiasan] berlari (bergerak dan lain-lain) dengan laju, bergerak dengan cepat, melarikan diri:
kereta itu ~ bukan main laju;
pencuri itu sudah ~ ;
6. [kiasan] hilang lenyap, hilang milik, musnah:
tengok harta kita yang tinggal tiga relung ~ waktu Hamdan di Sekolah Melayu;
7. [kiasan] melayang-layang ke mana-mana (fikiran), menerawang:
semua fikirannya sudah ~ pada orang yang bakal ditemuinya;
~ arwah (semangat)
a) pengsan;
b) hilang ingatan, sangat terperanjat;
~ darahnya sangat terkejut;
~ fikiran hilang fikiran;
~ lalat (langau) pagi-pagi hari (lebih kurang pukul 6.00-6.30);
~ bertumpu, hinggap mencekam (peribahasa) jika merantau hendaklah mencari kaum keluarganya (karib-baitnya);
berterbangan
1. terbang ke merata-rata tempat, terbang banyak-banyak:
unggas ~ dari suatu dahan ke dahan yang lain serta bersiul-siul mencari makanan;
2. berhamburan (bertaburan) di udara, melayang-layang di udara (debu dan lain-lain):
debu di jalan raya ~ ke udara apabila dihembus angin;
menerbangi terbang melalui (menempuh), berpergian dengan kapal terbang di;
menerbangkan
1. membiarkan terbang, melepaskan terbang:
beberapa ekor merpati telah diterbangkan untuk memulakan perayaan tersebut;
2. membawa terbang (angin, burung, dan lain-lain):
biji buah ini amat kecil dan ringan, maka mudah diterbangkan oleh angin;
3. membawa (mengangkut) dengan kapal terbang, memandu (mengemudikan) kapal terbang:
askar-askar yang tercedera dalam pertempuran itu telah diterbangkan ke rumah sakit Kuching untuk mendapatkan rawatan cemas;
4. [kiasan] melarikan wang dan lain-lain, melarikan diri:
orang yang ~ wang syarikat itu telah dihukum;
penerbangan
1. perihal terbang (menerbangi, menerbangkan);
2. perjalanan dengan kapal terbang, lalu lintas kapal terbang:
semua ~ dalam negeri telah dibatalkan;
3. segala yang berkaitan dengan lalu lintas udara;
~ awam = ~ sipil [Indonesia] urusan penerbangan untuk keperluan orang awam (bukan untuk tentera);
ilmu ~ pengetahuan atau kepandaian dalam hal terbang (dengan kapal terbang);
penerbang orang yang menerbangkan kapal terbang, jurumudi kapal terbang, juruterbang.
terbang II
[Jawa] rebana.